Now Reading
Tukang Jam Dakwa Bateri Heavy Duty Paling Sesuai Untuk Elak Jam Dinding Rosak, Ada Netizen Tak Setuju [Video]

Tukang Jam Dakwa Bateri Heavy Duty Paling Sesuai Untuk Elak Jam Dinding Rosak, Ada Netizen Tak Setuju [Video]

Namun begitu, beberapa orang menyangkal dakwaan tersebut dan menerangkan bahawa ketiga-tiga jenis bateri itu mempunyai kuasa pengeluaran atau output yang serupa, tetapi berlainan ketahanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rata-rata orang ramai pasti mempunyai jam dinding di rumah masing-masing. Posisinya yang tidak berubah memudahkan orang ramai untuk merujuk kepadanya tanpa perlu mencari jam tangan atau telefon pintar.

Kebanyakan jam dinding menggunakan bateri bersaiz AA. Sudah tentu bateri ini perlu ditukar apabila kuasanya telah habis.

Dalam satu video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok (@mohdkhairul.mk), dia membawa dua jam dinding kepunyaannya yang telah rosak untuk dibaiki dan ditukar motor.

Tukang jam di kedai berkenaan kemudiannya memaklumkan kepadanya bahawa motor pada jam dinding boleh rosak jika menggunakan bateri yang salah.


Tukang Jam Terangkan 3 Jenis Bateri

Dia menerangkan terdapat tiga jenis bateri bersaiz AA secara umumnya, iaitu bateri alkali, bateri extra/ super heavy duty, dan bateri heavy duty.

Menurutnya, setiap jenis bateri tersebut digunakan untuk jenis barangan yang berbeza berdasarkan kepada penggunaan kuasanya.

#1. Bateri Alkaline

Ini merupakan jenis bateri AA paling mahal dengan kapasiti yang lebih hebat. Tukang jam memaklumkan bahawa ia sesuai digunakan di dalam alat kawalan jauh dan kamera kerana kuasanya yang lebih kuat.

Dia turut mendakwa jam dinding boleh rosak jika menggunakan bateri jenis ini.

#2. Extra/ Super Heavy Duty (SHD)

Bateri jenis ini mempunyai sistem kimia zink klorida (CZn) dan murah sedikit berbanding bateri alkali. Namun, jumlah kapasitinya juga rendah dari bateri alkaline.

Menurut tukang jam tersebut, ia sesuai digunakan bagi peralatan elektrikal seperti radio, alatan permainan dan lampu picit.

Dakwanya sekali lagi, jam dinding boleh rosak jika menggunakan bateri ini dan menyebabkan jam menjadi lebih laju atau sangkut-sangkut.

#3. Heavy Duty

Merupakan bateri jenis zink karbon, ia adalah yang paling murah antara ketiga-tiga jenis bateri. Tukang jam berkata bateri jenis ini paling sesuai digunakan dalam peralatan berkuasa rendah seperti jam dinding.


Netizen Dakwa Bateri Murah Paling Bagus Untuk Jam Dinding

Sehubungan dengan itu, ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan komen oleh orang ramai bahawa mereka turut dipesan supaya menggunakan bateri murah bagi jam dinding.

Antara bateri yang dicadangkan adalah bateri tanpa jenama yang dibeli di pasar malam, kedai RM2 atau Mr DIY.

Terdapat juga seorang individu yang menggunakan bateri jenis SHD bagi jam dindingnya yang telah bertahan selama 30 tahun.


Netizen Jelaskan Jenis Bateri Berbeza Hasilkan Kuasa Yang Sama

Dalam masa yang sama, terdapat beberapa pengguna yang menjelaskan bahawa bateri berlainan jenis tidak sepatutnya menyebabkan masalah kepada jam dinding. Hal ini adalah kerana setiap bateri mempunyai pengeluaran cas yang sama.

Sebaliknya, yang membezakan bateri tersebut adalah ketahanan dan kapasitinya yang diukur dengan kiraan ‘miliampere hours’ (MAh).

Seorang pekerja di sebuah kilang bateri berkata ia menjadi mahal jika mempunyai kapasiti atau MAh yang besar.

Ada juga netizen yang menerangkan punca-punca jam dinding boleh rosak, termasuk motor jam kecil tetapi jarumnya berat, dan tidak segera mengganti bateri yang telah habis sehingga ia bocor.

Jika anda seorang pakar elektrik atau elektronik, kongsikan pandangan anda tentang isu ini.

https://www.tiktok.com/@mohdkhairul.mk/video/7323527322496158978

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd