Sejarah Syarikat Michelin, Bagaimana Michelin Man & Michelin Star Wujud
Sistem penilaian restoran ‘Michelin Star’ telah diperkenalkan pada tahun 1926 oleh syarikat tayar Michelin bagi melariskan penjualan tayar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Michelin merupakan satu jenama tayar dikenali ramai, apatah lagi dengan maskot Michelin Man yang menjadi tarikan. Pernah tak korang terfikir macam mana maskot syarikat tayar itu boleh wujud?
Syarikat Michelin telah diasaskan pada tahun 1889 oleh adik-beradik Édouard Michelin dan André Michelin. Satu hari ketika mempamerkan produk tayar, mereka tersedar jika diletakkan tangan dan kaki di timbunan tayar yang dipamerkan, ia akan kelihatan seperti seorang manusia. Maka terhasilah Michelin Man.

Kenapa Michelin Man Berwarna Putih?
Kenapa pula maskot syarikat itu berwarna putih sedangkan tayar berwarna hitam? Sebenarnya pada abad ke-19, tayar adalah berwarna putih kerana ia diperbuat daripada getah semula jadi.
Pada tahun 1912, barulah bahan kimia karbon dicampurkan ke dalam tayar yang menukar warnanya menjadi hitam. Ia dilakukan bukan untuk estetik semata-mata, tetapi penambahan karbon menjadikan tayar lebih tahan lasak.
Antara versi awal Michelin Man adalah adaptasi daripada karakter di dalam satu iklan arak di Jerman. Michelin Man ketika itu dinamakan Bibendum, diambil daripada slogan ‘Nunc est Bibendum’ yang bermaksud ‘Kini masa untuk minum.’
Ketika itu, minum sambil memandu tidak menjadi kesalahan.

‘Michelin Star Restaurants’ Usaha Syarikat Untuk Tingkatkan Permintaan Tayar
Michelin telah menghasilkan buku panduan ‘Michelin Guide’ yang lain daripada yang lain dengan beberapa maklumat penting untuk pemandu.
Ia mengandungi senarai kesemua mekanik di Perancis, arahan untuk menukar tayar, lokasi stesen minyak, serta peta restoran dan hotel yang boleh disinggah sewaktu perjalanan di seluruh Perancis.
Sekitar tahun 1920-an, Michelin menambah seksyen makanan di dalam buku panduan mereka dan ketika itulah pemeriksa makanan atau ‘food inspectors’ dilantik untuk reviu dan menilai hidangan.
Pada tahun 1926, mereka memperkenalkan sistem ‘Michelin Star‘ yang menilai restoran dari satu hingga tiga bintang seperti berikut:
- Satu bintang – Masakan berkualiti tinggi di restoran yang sangat bagus
- Dua bintang – Masakan yang sangat bagus, berbaloi untuk membuat lencongan
- Tiga bintang – Masakan luar biasa, berbaloi untuk perjalanan istimewa
Sistem penilaian ini dilakukan supaya lebih ramai menjelajah ke restoran-restoran yang dianugerahkan dengan ‘Michelin Star’.
Apabila perjalanan jauh dilakukan, tayar akan merosot dan perkara ini memaksa pemilik kereta untuk menukar tayar baharu. Inilah pelan perniagaan Michelin!
Restoran Michelin Star Di Malaysia
Kini, sistem penilaian Michelin Star ini dilakukan di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Terdapat empat restoran dalam negara yang menerima anugerah satu bintang dari Michelin.
Kuala Lumpur
- Dewakan – masakan moden Malaysia menggunakan bahan tempatan dan asli.
- DC. By Darren Chin – masakan klasik Perancis dengan penggunaan makanan laut hidup serantau dan bahan tempatan.
Pulau Pinang
- Auntie Gaik Lean’s Old School Eatery – masakan Peranakan menggunakan resipi rahsia Auntie Gaik dan bahan berkualiti.
- Au Jardin – masakan Eropah sofistikated dengan sentuhan tempatan yang halus
Sumber: @historyinmemes | Michelin | Wikipedia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



