Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Seorang pelajar lelaki Tingkatan 1 di sebuah asrama di Gerik, Perak hampir buta setelah dicurah cecair dipercayai sabun mandi oleh rakannya ketika sedang tidur, lapor Sinar Harian.
Mangsa berusia 13 tahun cedera di kedua-dua belah matanya dan telah diberikan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh sejurus selepas insiden tersebut.
Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh bapa mangsa pada 7 Jun.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut telah berlaku pada 19 Mei yang lalu sekitar jam 1.15 pagi.
Pemeriksaan yang dijalankan pakar mengesahkan mangsa mengalami kecederaan ‘bilateral eye chemical injury grade 1’ dan perlu menjalani rawatan susulan.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Suspek Insiden Telah Ditahan Oleh Pihak Polis
Rakan mangsa yang bertindak mencurah cecair berkenaan telah ditahan oleh pihak polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas sebab sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan benda berbahaya.
Mohd Yusri berkata beberapa orang guru dan pelajar akan dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan terbabit. Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.