Now Reading
Dikategorikan Sebagai ‘Hate Speech’, Video Jocelyn Chia Persenda Tragedi MH370 Diturunkan Oleh TikTok

Dikategorikan Sebagai ‘Hate Speech’, Video Jocelyn Chia Persenda Tragedi MH370 Diturunkan Oleh TikTok

Akaun TikTok milik Jocelyn Chia masih aktif tetapi klip video berkenaan sudah tidak dapat diakses.

Jocelyn Chia, seorang pelawak yang berasal dari Singapura, telah menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan lawak dalam satu sesi ‘stand-up comedy’ di The Comedy Cellar, Amerika Syarikat.

Video berkenaan yang kemudiannya tular menyebabkan Chia dikecam hebat sehingga memaksanya menutup ruangan komen. Malah, akaun Instagram dan Twitter miliknya didapati telah digantung.


Klip Video Jocelyn Chia Di TikTok Telah Diturunkan

Walaupun akaun Instagram dan Twitter Chia tidak lagi boleh diakses, akaun TikTok miliknya masih aktif.

Namun begitu, klip video yang memaparkan lawak berkenaan tragedi kehilangan pesawat MH370 tidak lagi boleh diakses.

Pengguna Twitter @leannascarlet berkata dia telah melaporkan video berkenaan kepada TikTok sebagai ungkapan kebencian (hate speech), sebelum menerima kemas kini daripada TikTok pada jam 11.58 pagi hari ini bahawa video tersebut sememangnya melanggar peraturan yang ditetapkan dan telah diturunkan.

Bukan itu sahaja, video yang sebelum ini dimuat naik di akaun TikTok kelab komedi, Comedy Cellar juga sudah tidak dapat diakses.


Comedy Cellar Turut Terima Kecaman Orang Ramai

Dalam pada itu, Comedy Cellar menerusi Twitter memaklumkan bahawa mereka kini menghadapi ‘serangan dalam talian’ yang banyak sehingga menjejaskan mereka.

Mereka mendakwa telah menerima banyak review buruk di Google Maps selepas video Chia tular. Namun begitu, hasil carian kami di Google Maps gagal menjumpai sebarang review yang disebutkan.

Insiden tersebut bukan sahaja mendapat perhatian orang ramai, tetapi juga kerajaan Singapura sehingga Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia meminta maaf dan menjelaskan bahawa Chia sebenarnya bukan lagi warganegara republik itu.

BACA JUGA: “Dia Bukan Singaporean” – Isu Jocelyn Chia Jadikan MH370 Sebagai Bahan Lawak, Singapura Mohon Maaf

Jenaka melampau yang membabitkan tragedi kehilangan pesawat MH370 turut menerima respon daripada keluarga mangsa MH370.

BACA JUGA: Pelawak Malaysia & Keluarga Mangsa MH370 Beri Respon Tentang Jenaka Melampau Jocelyn Chia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd