Terima Gelaran Tan Sri, Lim Kit Siang Ucap Terima Kasih Kepada Agong
Lim Kit Siang antara 26 individu yang menerima anugerah Panglima Setia Mahkota dan gelaran ‘Tan Sri’.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong pada 5 Jun, pemimpin veteran Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang antara 839 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023, lapor Free Malaysia Today.
Menerima anugerah Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), iaitu anugerah persekutuan kedua tertinggi, Lim kini membawa gelaran ‘Tan Sri’. Lim adalah salah seorang daripada 26 individu yang menerima anugerah tersebut bagi tahun 2023.
Selain Lim, bekas mursyidul am PAS Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menerima gelaran Tan Sri. Penerima lain termasuk Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, serta dua bekas menteri persekutuan Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Tan Sri Anifah Aman.
Lim Kit Siang Ucap Terima Kasih Kepada Agong
Lim yang ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas pengurniaan Darjah Kebesaran PSM kepadanya.
Saya amat menjunjung kasih kepada (Yang di-Pertuan) Agong dan merasakan ia satu penghargaan
Pemimpin DAP, Lim Kit Siang
Di akaun Facebooknya, Lim melontarkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mengucapkan tahniah kepadanya atas pengurniaan anugerah dengan gelaran Tan Sri tersebut. Lim juga berkata dia lebih suka jika hanya digelar ‘Kit’.
Di samping itu, anak kepada Lim, Lim Guan Eng memuat naik gambar keluarga dan berkata tidak mudah untuk melihat ayahnya (Lim) tersenyum lebar, namun ucapan tahniah daripada orang ramai membuatkan Kit Siang berasa amat gembira.
Lim Kit Siang Ahli Politik Paling Banyak Menang PRU
Lim yang sebelum ini Ahli Parlimen Iskandar Puteri telah mengumumkan persaraannya daripada politik kompetitif pada Mac 2022.
Sebelum itu, Lim pernah berkhidmat sebagai pemimpin DAP selama 29 tahun. Lim juga merupakan bekas Setiausaha Agung dan Pengerusi Kebangsaan DAP.
Bertanding sejak Pilihan Raya Umum ke-3, Lim hanya kalah sekali ketika PRU ke-10 dan merupakan ahli politik dengan kemenangan PRU terbanyak di samping Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah.
Some data in honour of Malaysia's most decorated parliamentarian, @limkitsiang.
— Thevesh (@Thevesh) June 5, 2023
He competed in 12 straight elections from GE03-GE14, losing only once at GE10 in 1999.
Ku Li is tied with him – no one else has competed in or won more.
Tahniah Tan Sri.
Respect 🫡 #history pic.twitter.com/zlAty8qN4a
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.