Now Reading
Budak 2 Tahun Dimasukkan Ke Hospital, Disyaki Tertelan Cecair Vape

Budak 2 Tahun Dimasukkan Ke Hospital, Disyaki Tertelan Cecair Vape

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dimasukkan ke hospital selepas ditemui datuknya dengan gejala keracunan nikotin seperti batuk, muntah dan sesak nafas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Seorang kanak-kanak di Bera, Pahang dipercayai menderita akibat keracunan nikotin akut.

Insiden tersebut yang berlaku pada 30 Mei melibatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun tanpa sebarang sejarah penyakit kronik.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), datuk kepada kanak-kanak tersebut mendapati mangsa mempunyai gejala keracunan seperti batuk, muntah dan sesak nafas.

Datuknya juga menemukan sebatang rokok elektronik pakai buang berhampiran mangsa.

Kanak-kanak tersebut disyaki telah tersedut atau tertelan cecair yang terdapat dalam peranti rokok elektronik itu.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di Temerloh, Pahang. Dia diberikan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-kanak.


Mangsa Terkena Sawan Dua Kali Namun Keadaan Semakin Stabil

Ketika rawatan, mangsa mengalami dua episod sawan, tetapi keadaannya kini telah stabil dan mangsa boleh bernafas tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Menurut KKM, pada mulanya insiden tersebut dianggap sebagai kemungkinan kes berkaitan kecederaan paru-paru atau EVALI (Electronic Vape Associated Lung Injury). Namun begitu, dapatan klinikal tidak memenuhi kriteria yang disenaraikan dalam Panduan Amalan Klinikal Pengurusan EVALI 2021.

Keputusan ujian air kencing menunjukkan kehadiran nikotin pada paras yang tinggi. Peranti rokok elektronik yang ditemui telah dihantar ke makmal untuk ujian lanjut.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Mangsa didapati mengalami ‘Acute Life Threatening Event Secondary to Possible Alleged Nicotine Ingestion Complicated with Seizure’.

KKM dalam masa sama turut memberi amaran kepada orang awam mengenai kesan buruk menggunakan produk rokok termasuk rokok elektronik.

Keracunan nikotin bukan sahaja boleh terjadi kepada kanak-kanak, tetapi kepada semua pengguna dan boleh menyebabkan kesan akut seperti jantung berdebar, muntah dan sawan.

KKM menegaskan bahawa tahap nikotin tinggi dalam tubuh badan boleh menyebabkan pertumbuhan otak terjejas terutamanya bagi kanak-kanak.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd