[Video] “Muat Je!” – Cubaan 5 Gadis Naik 1 Kereta Gagal! Ramai Puas Hati Tengok Abang e-Hailing Selamba Arah Keluar
Tindakan degil kelima-lima wanita itu menyebabkan pemandu e-hailing tersebut terpaksa membatalkan tempahan dan mengarahkan kesemua mereka untuk keluar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Menjadi seorang pemandu e-hailing pasti bukannya mudah, kerana setiap hari ada sahaja karenah pelanggan yang harus dihadapi.
Jika dapat ‘customer’ yang kurang ajar atau banyak songeh, pasti kesabaran diri akan teruji selain harus memikirkan cara menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Pemandu e-hailing arah penumpang keluar kerana lebih muatan
Seperti baru-baru ini, tular satu rakaman yang memaparkan tindakan seorang pemandu e-hailing yang terpaksa mengarahkan sekumpulan wanita dipercayai penuntut sebuah universiti awam (UA) untuk keluar kerana melebihi muatan sepatutnya.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @safrah699, kenderaan jenis sedan itu hanya boleh menerima 4 orang penumpang dalam satu masa.
Susulan itu, pemandu e-hailing terbabit secara baik memberitahu hanya 4 orang penumpang dibenarkan masuk.
Penumpang degil, pemandu e-hailing terpaksa batal tempahan
Bagaimanapun, kelima-lima pelajar wanita itu degil dan tetap berusaha masuk dengan mengatakan kesemua mereka muat berada di dalam kereta tersebut.
Tindakan degil kelima-lima wanita itu menyebabkan pemandu e-hailing tersebut terpaksa membatalkan tempahan dan mengarahkan kesemua mereka untuk keluar daripada keretannya.
“Empat orang saja, jangan banyak-banyak tak muat nanti. Mana muat kalau ramai, adui korang ni, runtuh nanti kereta saya.
“Keluar, keluar, keluar sebelum saya cancel (batal tempahan). Haa saya dah cancel, keluar semua saya dah cancel,” kata pemandu itu.
Malu! cubaan sumbat 5 orang dalam satu kereta gagal
Susulan itu, kesemua pelajar wanita terbabit terpaksa keluar daripada kereta selain harus menanggung malu kerana cubaan mereka untuk menaiki e-hailing dalam kadar yang lebih murah gagal.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berpuas hati dan bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pemandu e-hailing itu.
Pada masa sama, netizen juga mengecam tindakan sekumpulan pelajar wanita berkenaan kerana tidak mahu mengambil jenis kenderaan yang lebih besar untuk memuatkan mereka berlima.
Sekadar info, syarikat e-hailing ada menawarkan beberapa jenis kenderaan mengikut kapasiti penumpang yang boleh dipilih oleh para pelanggan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.