Now Reading
Pasangan Kekasih Didakwa Aniaya Kucing, Hingga Libat Nama Zahid Hamidi

Pasangan Kekasih Didakwa Aniaya Kucing, Hingga Libat Nama Zahid Hamidi

Dakwa Balqis, dalam tahun ini sahaja, tujuh ekor kucing telah mati akibat pengabaian di bawah jagaan pasangan itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Seorang pengguna Twitter, Balqis (@nolongerskek) telah memberi amaran kepada pusat pengambilan (adoption center) atau pemilik kucing supaya tidak menyerahkan haiwan peliharaan mereka kepada seorang individu bernama Nia.

Balqis berkongsi beberapa gambar dan video yang menunjukkan keadaan rumah pasangan tersebut yang terlalu kotor dan tidak sesuai didiami oleh haiwan peliharaan.

Nia dan teman lelakinya didakwa telah mengabaikan haiwan peliharaan di bawah jagaan mereka sehingga menyebabkan kematian tujuh ekor kucing hanya dalam tahun ini sahaja.

Malah, dia juga didakwa tidak acuh apabila membiarkan bangkai kucingnya yang sudah mati di dalam sangkar sejak Hari Raya Aidilfitri.

Ketika Balqis dan kawan-kawannya ke rumah tersebut untuk memeriksa keadaan kucing-kucing di sana, dapat didengari daripada video di atas (kanan) apabila salah seorang berkata dia merasa kakinya digigit sesuatu. Rupa-rupanya, rumah tersebut dipenuhi kutu sehingga dia teruk digigit dalam masa hanya 30 minit!

Bukan sahaja rumah itu dipenuhi kutu, tetapi juga kelihatan berenga (ulat sampah) berdekatan sampah dan makanan yang telah mereput di bawah sofa. Najis kucing juga dibiarkan tidak dicuci di atas sofa dan lantai.

Walaupun kucing-kucingnya dijangkiti kutu, Nia masih membawa mereka ke merata-rata tempat. Dia telah membawa kucingnya ke kedai haiwan peliharaan seorang rakan Balqis sehingga menyebabkan mereka tidak boleh menjaga haiwan peliharaan selama dua bulan akibat kedai dijangkiti kutu.

Menurut Balqis, pihak kebajikan berkata mereka tidak dapat berbuat apa-apa berkenaan haiwan peliharaan di bawah jagaan pasangan kekasih itu. Manakala Perhilitan pula boleh mengambil haiwan-haiwan tersebut, tetapi Balqis berkata Nia boleh sahaja mengambil haiwan-haiwan lain. Perkara inilah yang menyebabkan Balqis mendedahkan perkara ini di media sosial Twitter.


Orang Ramai Risau Terhadap Keadaan Kucing-Kucing Di Sana, Serta Nia

Orang ramai telah memberi pelbagai tindak balas kepada perkongsian Balqis. Beberapa orang telah mencadangkan supaya Balqis membuat laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan majlis perbandaran kerana keadaan rumahnya yang terlalu kotor.

Ada yang bertanya jika kucing bernama Hazel (seperti dalam ciapan pertama Balqis) boleh diselamatkan. Walaupun Balqis berkata dia tidak dapat berbuat apa-apa ketika itu, Hazel telah berjaya diambil semula oleh pemberinya.

Seorang pengguna Twitter, Gabrielle Geetha, turut pernah menghadapi masalah dengan Nia. Menurutnya, Nia telah mengambil seekor anak anjing buta digelar Lola. Lola kemudiannya ditinggalkan di rumah kawan Nia dan Geetha tidak dapat menghubungi Nia dan Afiq (teman lelakinya) lagi selepas itu. Lola kemudiannya berjaya diselamatkan.

Terdapat juga pihak yang merisaukan keadaan diri Nia yang dilihat seperti mengalami masalah mental. Nia juga didakwa mempunyai hubungan dengan orang dewasa kerana dia dipercayai hanya berumur 16 tahun, manakala teman lelakinya berumur 24 tahun.


Teman Lelaki Nia, Afiq Dakwa Anak Tiri Kepada Zahid Hamidi

Keadaan menjadi lebih keruh apabila teman lelaki Nia, Afiq, mulai mengugut Balqis kerana ingin melaporkan Nia kepada pihak berkuasa. Afiq mengugut akan menggunakan kuasa politik untuk mengambil tindakan terhadap Balqis.

Afiq mendakwa bahawa dia merupakan anak tiri kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Malah, dia turut menghantar gambar kad pengenalan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai ‘bukti’.

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid kemudiannya mengetahui tentang hal ini apabila ia telah menjadi viral. Setelah memeriksa dan menemui nombor telefon Afiq yang mendakwa sebagai ‘anak tiri’ kepada bapanya, Nurul menelefonnya dan meminta Afiq untuk menjelaskan perkara tersebut.

Afiq mengaku bahawa dia menjumpai gambar kad pengenalan Datuk Seri Zahid Hamidi di Google dan menggunakannya untuk menakut-nakutkan Balqis.

Nurul mengugut untuk melaporkan Afiq kepada pihak polis yang boleh menyebabkannya memasuki penjara kerana menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri.

Afiq kemudiannya berkata akan meminta maaf kepada pihak yang berkaitan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd