Now Reading
Hampir 50% Pelajar Lepasan SPM 2021 Tidak Minat Sambung Belajar

Hampir 50% Pelajar Lepasan SPM 2021 Tidak Minat Sambung Belajar

Seramai 180,680 pelajar lepasan SPM bagi sesi persekolahan 2021 tidak berminat sambung belajar ke peringat pendidikan lebih tinggi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Ahli Parlimen Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng telah bertanya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tentang jumlah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 hingga 2022 yang enggan melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian lebih tinggi.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, terdapat 180,680 pelajar lepasan SPM bagi sesi persekolahan 2021 yang memilih untuk tidak menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi.

Jumlah ini yang diperolehi daripada data sistem eProfil Kerjaya Murid (ePKM) merangkumi 48.74% iaitu hampir separuh daripada bilangan pelajar lepasan SPM bagi tahun 2021.

Di samping itu, bagi sesi persekolahan 2020, Buletin TV3 melaporkan seramai 115,939 atau 35.16% pelajar lepasan SPM tidak berminat untuk ke peringkat pengajian tinggi.

Ditanya tentang langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan penyertaan pelajar ke pendidikan tinggi, Fadhlina telah menggariskan beberapa insiatif yang dijalankan oleh KPM.

Kementerian sedang melaksanakan rancangan pembangunan peribadi dan pendidikan kerjaya di sekolah untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan pendidikan di samping melengkapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan minat untuk kerjaya masa depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) yang berperanan dalam memberi nasihat kepada para pelajar turut didedahkan kepada maklumat mengenai pendidikan tinggi dan trend kerjaya masa kini.

Pada masa yang sama, KPM juga telah menjalankan mobilisasi sumber dengan pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan seperti Kementerian Pendidikan Tinggi, PETRONAS dan PERKESO.

Di samping itu, penganjuran Program SUKSES Karnival Kerjaya Murid yang menawarkan biasiswa turut diharap dapat menarik minat pelajar dalam menyambung pengajian ke pendidikan tinggi.


70% pelajar lepasan SPM dan STPM 2019 tidak sambung belajar

Sebelum ini, sebuah kaji selidik telah dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang menganggarkan seramai 390,000 atau 70% pelajar lepasan SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2019 tidak mahu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengarahkan Akademi Sains Malaysia (ASM) untuk melaksanakan kaji selidik bagi mengesahkan data tersebut.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd