Now Reading
[Video] Perdana Menteri Jepun Terselamat Dalam Insiden Letupan Bom

[Video] Perdana Menteri Jepun Terselamat Dalam Insiden Letupan Bom

Difahamkan, insiden tersebut berlaku selepas Kishida selesai melawat kolam ikan dan bersedia untuk beri ucapan pada majlis berkenaan pada jam 11.30 pagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hampir menjadi mangsa letupan bom ketika sedang bersedia untuk berucap di sebuah pelabuhan bandar Wakayama pada Sabtu lalu (15 April).

Menurut laporan Kyodo, objek yang menyerupai suar dengan kepulan asap telah dilontarkan ke arah pemimpin negara matahari terbit itu.

Bagaimanapun, pengawal bertugas yang menyedari akan insiden tersebut sempat menyelamatkan Kishida.

Protokol kecemasan dilaksanakan selepas kejadian

Susulan itu, protokol kecemasan telah dilaksanakan menyebabkan Kishida terpaksa dibawa pergi daripada lokasi berkenaan, lapor Sputnik.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku selepas Kishida selesai melawat kolam ikan dan bersedia untuk beri ucapan pada majlis berkenaan pada jam 11.30 pagi.

Namun, bunyi letupan kuat kedengaran berhampiran lokasi sejurus sebelum ketua kerajaan itu memulakan ucapannya.

Lelaki berusia 24 tahun berjaya ditahan polis

Selepas kejadian berkenaan, seorang lelaki berusia 24 tahun telah ditahan, manakala Kishida berada dalam keadaan selamat, lapor NHK.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi mengenai kejadian tersebut dengan polis tempatan enggan mengulas lanjut.

Menurut laporan Kyodo lagi, Kishida membatalkan ucapan di Wakayama dan kini berada di Ibu Pejabat Polis Wilayah Wakayama.

Namun Reuters melaporkan, Kishida kembali meneruskan kempennya selepas insiden berlaku pada hari yang sama.

Malah dia menjelaskan polis kini sedang menyiasat butiran bunyi letupan kuat di tempat ucapan sebelum ini, kata Kishida sewaktu menyambung ucapan kempennya.

Gempar, Abe dibunuh ketika berucap

Terdahulu, dunia digemparkan dengan satu insiden pembunuhan melibatkan bekas Perdana Menteri Shinzo Abe yang ditembak ketika sedang berucap pada acara kempen pada Julai 2022.

Insiden itu berlaku ketika Jepun menjadi tuan rumah acara Menteri G7 di utara Sapporo dan bandar Karuizawa di Nagano, dan menjelang sudang kemuncak pemimpin Mei di Hiroshima.

BACA JUGA: Gagal Halang Pembunuhan Shinzo Abe, Ketua Polis Jepun Letak Jawatan

BACA JUGA: Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe Sah Meninggal Dunia Selepas Ditembak


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd