Now Reading
“Kenapa Tak Beritahu Sebab Sebenar Sejak Awal Lagi?” – Anak Mangsa Tragedi Double Six

“Kenapa Tak Beritahu Sebab Sebenar Sejak Awal Lagi?” – Anak Mangsa Tragedi Double Six

Menurut anak mangsa, seperti kebanyakan waris keluarga yang lain, dia juga tidak berpuas hati dengan hasil laporan yang diberikan itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Peristiwa hitam nahas pesawat Sabah Air yang mengorbankan 10 orang VVIP termasuk Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens yang menjadi misteri selama hampir 47 tahun akhirnya didedahkan secara terbuka.

Laporan hasil siasatan mengenai tragedi Double Six itu boleh diakses di laman web Kementerian Pengangkutan bermula semalam (12 April).

Anak mangsa tragedi persoal, kenapa baru dikeluarkan sekarang

Pun begitu, anak lelaki kepada salah seorang mangsa tragedi, Iskandar Sulong mempersoalkan kenapa laporan hasil siasatan nahas terbabit dikeluarkan selepas disimpan dalam tempoh yang begitu lama.

Menurutnya, seperti kebanyakan waris keluarga yang lain, dia juga tidak berpuas hati dengan hasil laporan yang diberikan itu.

“Saya cuma rasa tidak puas hati kenapa mereka (pihak bertanggungjawab) tidak beritahu sebab sebenarnya sejak awal lagi. Waktu kejadian saya berumur lima tahun, sekarang saya berumur 52 tahun.

“Sejak saya kecil, fikiran saya terganggu (disebabkan tragedi Double Six). Tambahan pula, saya cenderung untuk menunggu hasil laporan dilepaskan dari Kerajaan Australia,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam (12 April).

Pada masa yang sama, ahli keluargannya yang lain turut mempunyai pandangan sama berhubung laporan hasil siasatan tragedi Double Six itu, kata Iskandar.

Ahli keluarga mungkin akan buat tuntutan, mohon kerajaan beri laporan terperinci

Selain itu, Iskandar juga memaklumkan berkemungkinan besar pihaknya akan membuat tuntutan agar kerajaan tampil dengan laporan terperinci mengenai tragedi berkenaan.

Untuk info, Iskandar Sulong merupakan anak bongsu kepada Menteri Kewangan Sabah pada ketika itu iaitu Datuk Salleh Sulong.

Hasil laporan dapati tiada sebarang bukti sabotaj

Terdahulu, menurut laporan hasil siasatan tragedi Double Six, tiada sebarang bukti sabotaj, kebakaran mahupun letupan yang telah ditemui oleh pasukan penyiasat

Selain itu tiada bukti yang mengesahkan ada kerosakan sebelum nahas atau enjin pesawat menjadi faktor berlakunya kemalangan.

Sebaliknya pesawat terbabit dilaporkan telah hilang kawalan sewaktu juruterbang ingin mendaratkan kapal terbang jenis GAF Nomad N22B itu.

BACA JUGA: Tragedi Double Six Sabah Air: Tiada Bukti Sabotaj & Letupan, Ini Info Lain Yang Patut Anda Tahu


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd