Now Reading
Apa Yang Best Di Gold Coast? Ini 5 Senarai Tempat Menarik Yang Boleh Dikunjungi

Apa Yang Best Di Gold Coast? Ini 5 Senarai Tempat Menarik Yang Boleh Dikunjungi

Antara tempat atau aktiviti menarik yang korang wajib pergi adalah Paradise Jet Boating, pasti korang tak akan menyesal lepas naik bot ni.

5 tempat menarik di Gold Coast

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak rakyat Malaysia kembali dibenarkan untuk melancong, ramai yang mengambil peluang ini untuk berkunjung ke tempat-tempat menarik sama ada di dalam atau luar negara.

Maklumlah sudah lebih dua tahun berkurung di tempat sendiri, kini tiba masanya untuk menerokai tempat lain pula.

Baru-baru ini, team TRP telah berpeluang untuk mengikuti trip bersama AirAsia X ke Gold Coast, Queensland bersempena dengan penerbangan pertama mereka selepas hampir 3 tahun dihentikan akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Oleh itu, pelbagai tempat menarik yang sempat kami lawati sepanjang 3 hari 2 malam berada di negara kangaru ini. Namun dalam keseronokan kami bercuti dan menikmati pemandangan nan indah sudah tentu kami tidak akan melupakan korang sebagai pembaca setia.

Sebagai ole-ole dari negara kangaru jom kami senaraikan lima tempat menarik yang boleh dilawati jika korang berkunjung ke Gold Coast.

#1 Surfer Paradise Night Market

Pasar malam ini akan diadakan pada setiap malam minggu iaitu hari Jumaat dan juga Sabtu.

Apa yang menarik di pasar ini, anda akan dapat melihat hasil seni kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk tempatan antaranya lilin, barang kecantikan, barang kemas dan juga makanan.

Pasar ini juga berada berdekatan dengan pantai Surfers Paradise. Jadi selepas membeli belah bolehlah korang menikmati pemandangan laut di waktu malam.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti pantai yang dilakukan antarannya seperti bermain bola tampar pantai.

#2 Hopo (Hop On Hop Off) Ferry

Selain menaiki pengangkutan awam seperti bas atau kereta api anda juga boleh menaiki feri sambil menikmati permandangan indah laut di Surfers Paradise.

Bukan hanya itu, korang juga boleh menggunakan perkhidmatan feri ini untuk ke tempat tertentu sebagai contoh Hota (Homes of Arts), Marina Mirage, Southport ‘Broadwater Parklands, dan juga Sea Worl untuk melihat hidupan laut.

Feri ini beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dan harga tiket sehala bermula AUD$7 (RM20.56) bagi dewasa dan AUD$4 (RM11.75) untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak berusia 0 bulan hingga empat tahun adalah percuma.

Di sini kami sertakan gambar harga dan waktu operasi ke setiap destinasi untuk rujukan.

#3 HOTA (Homes of Arts)

Untuk ke HOTA kami memilih untuk menaiki feri dari Appel Park ke Hota.

Apa yang best di HOTA? Untuk makluman korang HOTA merupakan tempat di mana anda boleh melihat hasil-hasil seni di bangunan khas mereka.

Sebagai contoh ketika kunjungan kami ke HOTA kami berkesempatan untuk melihat karya seni daripada koleksi Mugrabi yang dibawa khas dari New York, Amerika Syarikat.

Malah kami juga diberitahu selain New York, koleksi ini hanya boleh dibawa untuk pameran di HOTA sahaja.

Selain daripada pameran galeri seni, kawasan di sekitar HOTA ini juga menjadi tempat penduduk tempatan di Gold Coast untuk beriadah bersama keluarga di mana mereka berkelah, mandi pantai dan bermacam-macam lagi.

Bukan itu sahaja, mereka juga turut mempunyai pasar minggu yang diadakan pada setiap hari Ahad bermula dari pagi sehingga petang. Di sini korang juga boleh mendapatkan sayur-sayuran dan buah yang fresh dari petani mereka.

Makanan yang dijual oleh mereka juga kelihatan sangat sedap, sehingga membuatkan kami terliur melihatnya!

#4 Paradise Jet Boating

Sumber: Paradise Jet Boating

Adakah korang seorang yang gemarkan aktiviti air dan lasak? Jika ya, Paradise Jet Boating di Mariner’s Cove adalah aktiviti yang tepat buat korang.

Dalam aktiviti ini korang akan dibawa menaiki sebuah boat laju yang boleh memuatkan lebih kurang 24 orang.

Kemudian pemandu boat akan membawa anda menikmati pemandangan indah sebelum meluncur laju di atas air.

Malah bot ini juga akan dipusingkan oleh pemandu hampir 360 darjah secara laju beberapa kali. Bukan itu sahaja, korang juga dinasihatkan untuk membawa baju yang lebih kerana aktiviti ini pasti akan buatkan korang lencun!

Tips kami jika tidak mahu begitu basah cuba duduk di bahagian tengah 😉.

#5 Skypoint, Surfer Paradise

Jika di Malaysia terkenal dengan Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur, di Gold Coast mereka memiliki Skypoint yang mempunyai 77 tingkat.

Menerusi Skypoint ini, korang dapat melihat pemandangan indah di seluruh Surfers Paradise.

Apabila melihat sahaja pemandangan dari atas ini pasti korang terpukau dengan keindahan laut nan biru sambil minum-minum.

Jika korang seorang yang berani dan sukakan ketinggian, maka bolehlah korang ambil aktiviti untuk memanjat di tingkat paling atas Skypoint ini. Jangan bimbang korang juga akan diiringi jurulatih selain dibekalkan peralatan keselamatan yang lengkap agar tidak berlaku sebarang perkara yang tak diingini.

Namun bagi penulis, berada di tingkat 77 sudah cukup membuatkan kami berasa gayat.

Di atas ini, adalah pemandangan bangunan ini ketika waktu siang dan juga malam.

Jadi tunggu apa lagi gais? Cepat rancang dengan rakan atau keluarga anda ke Gold Coast. Oh ya satu lagi! AirAsia X ketika ini sedang menawarkan tiket perjalanan sehala yang murah serendah RM699 sahaja bagi tempat duduk ekonomi.

Manakala untuk tempat duduk premium Flatbed adalah RM2,999 bagi tiket perjalanan sehala.

BACA JUGA: AirAsia X Jadi Satu-Satunya Penerbangan Tawar Perkhidmatan Terus Dari KL Ke Queensland


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd