Now Reading
[Video] “Sekian Lama Tak Bertegur” – Tular Hubungan Adik Beradik Yang ‘Terputus’ Kembali Terjalin Buat Ramai Sebak

[Video] “Sekian Lama Tak Bertegur” – Tular Hubungan Adik Beradik Yang ‘Terputus’ Kembali Terjalin Buat Ramai Sebak

Hubungan kedua-dua beradik itu difahamkan renggang disebabkan berlakunya perselisihan faham.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


“Air yang dicincang tidak akan putus.”

Itulah pepatah indah yang bermaksud sejauh mana pun hubungan adik beradik itu terpisah, satu masa pasti ia akan bersatu juga.

Perkara sama dapat dikaitkan dengan satu video mengharukan yang tular di media sosial mengenai hubungan adik dan abang yang telah lama renggang kembali terjalin erat.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @intanorumira, kelihatan seorang lelaki sedang berusaha untuk menyuap nasi kepada saudaranya sambil dikerumuni ahli keluarga yang lain.

Adik beradik tak bertegur sapa kerana perselisihan faham

Menurut pemilik video, kedua-dua adik beradik itu sudah lama tidak bertegur sapa disebabkan perselisihan faham yang berlaku.

“Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak bertegur sapa kerana ada perselisihan faham, akhirnya hubungan kembali seperti dulu,” tulisnya di kapsyen.

Pada video sama, selepas dipujuk berulang kali, akhirnya lelaki terbabit memakan makanan yang disuapkan kepadanya sekaligus terus berpelukkan bersama adik beradiknya.

https://www.tiktok.com/@intanorumira/video/7207623920436907290

Ahli keluarga lain turut berusaha bantu pulihkan hubungan mereka

Jelas wanita itu lagi, dia juga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang lain kerana turut berusaha untuk pulihkan hubungan ayahnya bersama pakciknya yang dikenali sebagai Cik Amil itu.

“Terima kasih pakcik makcik, sepupu semua bersama berusaha untuk pulihkan hubungan abah dengan Cik Amil. Kami sayang semua,” tulisnya lagi.

Perkongsian video tersebut buat ramai rasa sebak

Sementara itu, meninjau di ruangan komen rata-rata pengguna media sosial  memanjatkan rasa syukur melihat hubungan kedua-dua beradik itu kembali pulih.

Pada masa sama, video yang mendapat lebih 3 juta jumlah tontonan itu turut menyebabkan ramai berasa sebak.

Alhamdulillah, semoga hubungan yang kembali terjalin ini kekal hingga ke akhir hayat. Ingatlah, harta yang paling berharga pastinya keluarga.

Fuh! jatuh air mata jantan min :’)


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd