Now Reading
Glamor Habis! Lazada Ubah Bukit Bintang Jadi ‘Runway’ Untuk Fesyen Raya

Glamor Habis! Lazada Ubah Bukit Bintang Jadi ‘Runway’ Untuk Fesyen Raya

Peragaan tersebut menarik perhatian orang ramai di persimpangan lintasan paling sibuk dengan rekaan elegan baju kurung dan kebaya berinspirasi moden.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kita tinggal kurang sebulan sahaja lagi untuk menyambut bulan Ramadan dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidifitri pada penghujung April.

Demi mencetuskan suasana ceria Hari Raya, Lazada telah memeriahkan ‘Segitiga Emas’ pusat bandar Kuala Lumpur iaitu Jalan Bukit Bintang dengan mengubahnya menjadi landasan peragaan (fashion runway) sepanjang 500m untuk Koleksi Raya LazLook yang penuh glamor.

Ia menampilkan lebih daripada 10 jenama fesyen terkemuka tempatan dan dipersembahkan sebagai lookbook langsung, justeru memberi peluang kepada peminat fesyen dan orang ramai untuk mendapatkan inspirasi gaya anggun bagi sambutan Hari Raya nanti.

Lebih daripada 50 model termasuk pelakon, Eyka Farhana tampil bergaya di sepanjang Bukit Bintang menuju ke arah pentasfinale di CommonsKL @ BBPark sambil memperagakan koleksi istimewa oleh pereka fesyen terkemuka dan jenama ekslusif seperti:

  • Naelofar
  • Rico Rinaldi
  • Petit Moi
  • Poplook
  • Cynthia Tang
  • Bayu Somerset
  • Zoe Arissa, Zucca
  • Gene Martino
  • TATO Shop

Peragaan tersebut menarik perhatian orang ramai di persimpangan lintasan paling sibuk dengan rekaan elegan baju kurung dan kebaya berinspirasi moden.

Keseluruhan acara tersebut juga telah disiarkan secara langsung menerusi strim langsung LazLive dan secara serentak di saluran media sosial Lazada Malaysia. Ia turut dipaparkan di beberapa skrin digital LED out-of-home di sekitar Bukit Bintang, termasuk di papan tanda CuBIG dan The Cube @ Bukit Bintang.

Menurut Lazada, Peragaan Fesyen Raya LazLook yang lain daripada yang lain ini merupakan cara unik untuk menawan hati peminat kategori fesyen dan pelanggan tempatan, khususnya kerana ia adalah antara kategori paling hangat yang menyemarakkan jam pertama Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada yang bermula pada 3 Mac 2023 di seluruh Asia Tenggara.

Malah, apabila mereka ingin mencari dan membeli produk fesyen, para pelanggan di Malaysia lebih cenderung untuk menggunakan platform eDagang seperti Lazada, yang mana lebih daripada separuh para pelanggan (53%) menggunakannya untuk carian produk, lantaran faktor utama seperti harga (74%), tawaran diskaun (69%) dan maklumbalas pelanggan (47%) yang membantu mereka membuat pertimbangan sebelum membeli.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lazada Alan Chan berkata, pelanggan di Malaysia kini membuat pembelian produk fesyen secara dalam talian dan juga di butik atau kedai, dan kebanyakannya lebih dari sekali sebulan.

“Kami juga memahami kecenderungan orang ramai untuk menggunakan platform eDagang apabila mereka mencari produk yang diperlukan.

“Justeru itu, Lazada berusaha untuk menawarkan beraneka produk untuk sambutan Aidilfitri kepada para pelanggan, khususnya bagi kategori fesyen dan kecantikan. Fesyen Raya LazLook telah ditatagayakan khas untuk fashionista dan hijabista yang ingin tampil menawan, menampilkan seleksi mesti beli yang menarik dan unik, pada harga yang berpatutan.

“Selain itu, kami juga berbesar hati dapat berkolaborasi dengan jenama dan pereka fesyen terkemuka tempatan untuk mempersembahkan Koleksi Raya LazLook menerusi cara yang glam dan unik, dengan menjelmakan Bukit Bintang menjadi landasan fesyen dan membawakan suatu kelainan yang tidak dijangka,” kata beliau.

Kesemua koleksi baharu yang ditampilkan kini tersedia di Lazada dan para pelanggan hanya perlu klik pada ikon LazLook.

Pelbagai tawaran, ganjaran dan penjimatan berganda menanti pelanggan

Terdapat juga pelbagai inspirasi gaya Raya serta jenama Muslimah kegemaran ramai di Lazada, serta ganjaran tambahan dan penjimatan berganda seperti ‘Everyday Cashback’ dan ‘Penghantaran Percuma’ sempena Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada Malaysia.

Fesyen Raya LazLook telah ditaja oleh Kevin Murphy, Maybelline, dan CommonsKL@BBPark. Strim langsung acara tersebut turut menampilkan persembahan muzik istimewa oleh penyanyi Naim Daniel semasa peragaan fesyen finale.

Klik di sini untuk melayari lebih 250,000 pilihan koleksi Raya yang menawan pada harga yang berpatutan di Lazada dan ikuti saluran media sosial Lazada Malaysia untuk makluman yang terkini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd