Now Reading
Polis Trafik Australia Tahan 3 Lelaki Malaysia, Kantoi Memandu Guna ‘Lesen Terbang’

Polis Trafik Australia Tahan 3 Lelaki Malaysia, Kantoi Memandu Guna ‘Lesen Terbang’

Ketiga-tiga pemandu terbabit telah diberikan notis untuk menghadiri Mahkamah Tempatan Griffith pada 7 Disember lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Isu lesen terbang bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia, malah sehingga kini masih ada segelintir rakyat Malaysia yang melakukan hal sedemikian.

Untuk info, lesen terbang merupakan lesen kenderaan yang diperolehi secara haram dengan hanya membuat bayaran tanpa menjalani sebarang ujian daripada sekolah memandu yang diiktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Lesen terbang tidak hanya digunakan di Malaysia, malah ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan lesen tersebut untuk memandu di luar negara.

Warga Malaysia ditahan polis trafik Australia, memandu guna lesen palsu

Seperti semalam, tular di media sosial apabila orang Malaysia ditahan oleh polis trafik luar negara atas kesalahan memandu menggunakan lesen terbang atau lesen palsu.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Traffic and Highway Patrol Command – NSW Police Force, pihak polis trafik Australia berjaya menahan tiga lelaki warganegara Malaysia dalam tempoh kurang 24 jam kerana menggunakan lesen palsu.

Kes pertama, 17 september 2022

Kes pertama dikesan pada 17 September 2022 pada pukul 2.30 petang. Seorang rakyat Malaysia berumur 42 tahun yang tinggal di Mildura sedang memandu Holden Cruze 2009 telah di tahan di Mid Western Highway berdekatan Rankins Springs.

Sumber: Facebook/NSW Police Force

Ketika diarah untuk menunjukkan lesen, lelaki itu mengeluarkan kad lesen memandu Malaysia. Namun selepas diperiksa secara terus menerusi laman sesawang JPJ, lelaki terbabit hanya mempunyai lesen motosikal yang telah tamat tempoh pada tahun 2005.

Pemeriksaan lanjut juga mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang lesen dalam mana-mana kelas di Australia. Jabatan Imigresen turut dihubungi dan mendedahkan lelaki itu telah menetap di negara terbabit dengan menggunakan visa sementara sejak enam tahun lalu.

Kes kedua, 18 September 2022

Kes kedua pula berlaku 18 September 2022 pada pukul 12.03 petang yang melibatkan dua orang rakyat Malaysia masing-masing memandu Nissan X-Trail 2003 dan Toyota Tarago (Estima) 2001.

Pemandu Nissan X-Trail merupakan lelaki berusia 34 tahun dan Pemandu Toyota Tarago juga lelaki berusia 22 tahun yang kedua-duanya menetap di Junee.

Sumber: Facebook/NSW Police Force

Kedua-dua mereka mengeluarkan lesen memandu Malaysia setelah diminta oleh pegawai bertugas yang mana akhirnya membongkarkan bahawa lesen tersebut merupakan lesen palsu selepas diperiksa menerusi laman sesawang JPJ.

Kedua-dua lelaki terbabit bukan sahaja tiada rekod lesen memandu dari Malaysia, malah mereka berdua juga tidak mempunyai lesen memandu di Australia.

Jabatan Imigresen turut dihubungi dan mendedahkan kedua-duanya telah menetap di Australia dengan visa sementara selama beberapa tahun.

Ketiga-tiga mereka diberikan notis untuk menghadiri Mahkamah

Ketiga-tiga pemandu terbabit telah diberikan notis untuk menghadiri Mahkamah Tempatan Griffith pada 7 Disember lalu.

Kesemua mereka disabitkan dengan kesalahan memiliki dokumen palsu untuk mempengaruhi penjawat awam menjalankan tugas dan memandu tanpa lesen memandu yang sah.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd