Now Reading
[Video] “Terbaik Lah!” – Ramai Teruja, Nama Anwar Ibrahim Ada Dalam Program Realiti India

[Video] “Terbaik Lah!” – Ramai Teruja, Nama Anwar Ibrahim Ada Dalam Program Realiti India

Berdasarkan video tersebut, soalan yang dikemukan adalah ‘negara manakah yang memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada tahun 2022?’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah rancangan realiti televisyen ‘Who Wants To Be A Millionaire India’ menggunakan nama Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam salah satu soalan yang dikemukan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @noahjacfer, kelihatan bintang popular India, Amitabh Bachchan sebagai pengacara rancangan itu bertanya soalan kepada seorang peserta lelaki.

Soalan yang dikemukan adalah ‘negara manakah yang memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada tahun 2022?’.

Peserta jawab soalan dengan mudah sambil tersenyum

Lebih menarik perhatian apabila peserta terbabit turut mengenali pemimpin negara Malaysia itu apabila dia dilihat menjawab soalan tersebut dengan mudah dan betul sambil tersenyum lebar.

Difahamkan, soalam yang ditanya itu juga berada pada tahap bernilai sekitar enam juta Rupee.

“Terbaik Anwar Ibrahim” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial, malah rata-rata berbangga apabila Anwar Ibrahim juga dikenali di serata dunia dan mendapat perhatian pelbagai pihak.

Rancangan kuiz televisyen British, dicipta oleh David Briggs

Untuk info, ‘Who Wants to Be a Millionaire?’ ialah rancangan kuiz televisyen British, dicipta oleh David Briggs untuk ITV.

Format program ini menyaksikan peserta mengambil soalan aneka pilihan berdasarkan pengetahuan am.

Bagi peserta yang menjawab dengan betul, mereka akan memenangi hadiah wang tunai untuk setiap soalan dan jumlah wang yang ditawarkan semakin meningkat apabila mereka menjawab soalan yang lebih sukar.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd