[Video] “Comel Je” – Ramai Terhibur, Si Kecil Tolong Ayah Di Kedai Makan Siap Suruh Pelanggan Lap Meja Sendiri
Kanak-kanak itu harus mengikuti ayahnya bekerja kerana pengasuh yang sepatutnya menjaga sedang bercuti.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Menjadi seorang ibu bapa pastinya bukan suatu tanggubjawab yang mudah, terutamanya apabila harus membahagikan masa bersama anak-anak.
Sesetengah ibu bapa pula terpaksa menghantar anak kepada pengasuh kerana harus bekerja demi mencari rezeki buat keluarga.
Gelagat comel anak bantu ayah kerja di kafe
Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial rakaman menerusi kamera litar tertutup (CCTV) gelagat comel seorang kanak-kanak yang membantu ayahnya bekerja di sebuah kafe.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @ceoayampedaskorea, kelihatan menerusi rakaman CCTV kanak-kanak perempuan itu sedang mengelap meja sambil mengoyang-goyangkan kepalanya.
Terpaksa ikut ayah kerja, pengasuh sedang cuti
Difahamkan, ayahnya terpaksa membawanya sekali ke kafe tersebut kerana pengasuh kanak-kanak itu sedang bercuti.
“Pengasuh cuti, anak ayah kene ikut pergi kerja tolong dekat kafe, lain pulak jadinya,” tulisnya di kapsyen.
Suruh pelanggan bersihkan meja sendiri
Apa yang lebih mencuit hati, kanak-kanak itu menyuruh pelanggan kafe terbabit yang sedang duduk untuk mengelap meja mereka sendiri.
Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial di mana rata-rata terhibur melihat gelagat comel kanak-kanak itu.



Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.