Now Reading
Kes Saman Fitnah Kakak Ipar, Mahkamah Tolak Rayuan Ali Puteh

Kes Saman Fitnah Kakak Ipar, Mahkamah Tolak Rayuan Ali Puteh

Pada masa sama, rayuan Hidayah untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang diperintahkan Mahkamah Sesyen pada Februari lalu juga ditolak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hari ini (28 Disember), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan pelawak, Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah terhadap kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali.

Pada 18 Februari lalu, Ali Puteh dan tiga lagi ahli keluarganya diperintah membayar RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey itu oleh Mahkamah Sesyen kerana mengeluarkan kenyataan mengaibkan wanita itu di Instagram pada dua tahun lalu.

BACA JUGA: Balu Arwah Abam Menang Kes Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar RM60,000

Mahkamah turut tolak rayuan ketepikan keputusan Mahkamah Sesyen

Dalam prosiding, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh turut menolak rayuan Ali Puteh sekeluarga untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak tuntutan saman mereka terhadap Hidayah dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Saman itu berkaitan temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun YouTube Aliff Syukri.

Rayuan Hidayah naikkan jumlah ganti rugi turut ditolak

Pada masa sama, rayuan Hidayah untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang diperintahkan Mahkamah Sesyen pada Februari lalu juga ditolak.

Menurut laporan Harian Metro, Peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Ali Puteh berkata, setakat ini beliau tidak menerima apa-apa arahan susulan daripada anak guamnya sama ada untuk mengemukakan rayuan.

“Prosiding hari ini dilaksana secara tertutup menerusi aplikasi Zoom. Anak guam saya, Ali tidak ada bersama, tapi saya sudah maklumkan perkara ini.

“Setakat ini saya belum menerima apa-apa arahan daripada anak guam untuk buat rayuan. Pihak kita terima keputusan dibuat mahkamah hari ini,” katanya.

Hidayah fail saman RM900,000 terhadap Ali Puteh sekeluarga

Terdahulu, media melaporkan kemelut di antara mereka mula tercetus apabila Hidayah memfailkan saman terhadap Ali Puteh sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Saman tersebut antaranya mendakwa Ali telah mengambil harta Allahyarham Abam Bocey dan harta milik anak arwah yang dikategorikan sebagai anak yatim.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd