Now Reading
Padi Reborn Live In KL Bakal Menghiburkan Peminat Pada 3 Disember Ini

Padi Reborn Live In KL Bakal Menghiburkan Peminat Pada 3 Disember Ini

Kumpulan penyanyi dari Indonesia itu cukup terkenal dengan lagu-lagu hits mereka seperti Kasih Tak Sampai, Menanti Sebuah Jawapan dan Sahabat Selamanya yang pernah menjadi lagu tema Animasi Upin dan Ipin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Padi akan menganjurkan sebuah konsert di Kuala Lumpur, Malaysia – yang bertemakan ‘Padi Reborn’.

Pihak penganjur iaitu syarikat bernama Qew Communications Sdn Bhd amat berbesar hati membawa kumpulan yang cukup ‘legend’ itu ke Malaysia pada hujung tahun ini.

Semarakkan lagi semangat peminat setia Padi di Malaysia

Kemunculan semula ini pasti akan menyemarakkan lagi semangat peminat Padi yang sekian lama merindui persembahan kumpulan itu secara langsung selepas kali terakhir konsert mereka pada 2018 dahulu.

Kumpulan Padi ini cukup terkenal dengan lagu-lagu ‘evergreen’ di telinga pendengar Malaysia seperti Kasih Tak Sampai, Menanti Sebuah Jawapan dan Sahabat Selamanya yang pernah menjadi lagu tema Animasi Upin dan Ipin.

Foto: Facebook/Padi

Konsert di KL untuk lebih dekat dengan peminat di Malaysia

Untuk info, Padi Reborn 25 Years Live in KL ini adalah salah satu usaha kumpulan itu yang dibarisi dengan penyanyinya, Fadly, Piyu (gitar), Ari (gitar), Rindra (bass) dan Yoyo (dram) untuk lebih dekat dengan peminat di negara ini.

Selepas pelbagai persembahan untuk siri ‘Reborn’ yang bertepatan dengan ulang tahun ke-25 Padi, sudah pasti band tersebut akan memberi impak yang lebih bermakna untuk konsert mereka di Kuala Lumpur.

Padi Reborn 25 Years ‘Featuring’ Shiela Majid

Selain itu, konsert di Kuala Lumpur ini akan turut dimeriahkan lagi dengan persembahan istimewa daripada artis terkenal tanah air, Dato’ Shiela Majid.

Jadi buat para peminat Padi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert 25 tahun Padi Reborn pada 3 Disember ini di Zepp KL.

Para peminat boleh mendapatkan tiket konsert Padi Reborn Live In KL ini pada harga RM199 (CAT 1), RM169 (CAT 2), RM339 (CAT 3), RM269 (CAT 4) dan RM6,000 (VIP) di https://www.ticket2u.com.my


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd