“Cancel Lah Bye” – Pelanggan Saat Akhir Batal Tempahan 30 Pek Donut Dikecam Ramai
Difahamkan, tiada sebarang pembayaran pendahuluan dilakukan kerana pelanggan terbabit ingin melunaskan bayaran penuh setelah mendapat kuih tersebut.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pada zaman serba canggih ini, para peniaga sudah mula beralih arah dengan melakukan bisnes secara atas talian (online) berbanding berniaga di kedai.
Hal ini kerana, berniaga secara online dapat menjimatkan modal kerana tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar sewa kedai dan sebagainya
Namun, menjadi seorang peniaga online pastinya mempunyai cabaran dan dugaan yang harus dihadapi terutamanya apabila mendapat tempahan palsu atau pelanggan yang membatalkan pesanan pada saat akhir.
Pelanggan cancel tempahan 30 pek donut
Begitulah yang terjadi pada seorang wanita ini yang menjual kuih secara online apabila pelanggannya membatalkan tempahan pada saat akhir.
Menerusi hantaran di laman Facebook Mieraa Eiya, pelanggannya itu membuat tempahan kuih donut red velvet sebanyak 30 pek.

Cancel tempahan di saat akhir
Bagaimanapun, di saat kuih tersebut dalam perjalanan untuk dihantar, pelanggan terbabit secara tiba-tiba membatalkan tempahannya itu.
“Dugaan hari ini, Customer order 30 pek! Tapi cancel last minit. Dah nak sampai tiba-tiba cakap ‘cancel lah bye’. Jangan nak kena kan orang tau, kami bisnes kecil-kecil sahaja,” tulisnya di kapsyen.
Tiada pembayaran pendahuluan oleh pelanggan
Difahamkan, tiada sebarang pembayaran pendahuluan dilakukan kerana pelanggan terbabit ingin melunaskan bayaran penuh setelah mendapat kuih tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pelanggan terbabit yang membatalkan tempahannya pada saat akhir.
Pada masa sama, netizen turut menasihati wanita itu agar mengambil wang pendahuluan terlebih dahulu apabila menerima tempahan daripada pelanggan untuk mengelak daripada sebarang kerugian yang besar dan juga penipuan.


BACA JUGA: OTW Hantar 30 Biji Burger Belum Dibayar, Pelanggan Cancel Order
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.