Now Reading
[Video] Dua Lelaki Buat Aksi Tak Senonoh Di Surau Kini Disiasat JAIS, Diburu Polis

[Video] Dua Lelaki Buat Aksi Tak Senonoh Di Surau Kini Disiasat JAIS, Diburu Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, pihak polis telah menerima laporan daripada bilal surau berkenaan kira-kira pukul 9.07 malam tadi (26 Oktober).

https://twitter.com/InfoKuala/status/1584904834389803010?s=20&t=LvObh5o07IUpWryCnRIsZw

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan perbuatan tidak senonoh dua lelaki di dalam sebuah surau di Kuala Langat, Selangor.

Video tular itu sekaligus mendapat pelbagai kritikan daripada pengguna media sosial kerana perbuatan jijik itu bukan sahaja dilakukan secara terbuka malah lebih hina lagi apabila dilakukan semasa berada di dalam rumah ibadat.

JAIS sedang melakukan siasatan mengenai video tular itu

Susulan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak berdiam diri dan sedang melakukan siasatan lanjut mengenai video tular itu yang dipercayai berlaku di Pekan Banting, Kuala Langat.

Menurut laporan Kosmo, Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata beliau masih menunggu laporan penuh pegawainya di daerah itu.

“Kita akan siasat lanjut. Saya tunggu laporan pegawai saya di daerah (berkenaan),” katanya ringkas.

Polis sedang mengesan dua lelaki terbabit

Bukan itu sahaja, pihak pihak polis juga memaklumkan sedang mengesan dua lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, pihak polis telah menerima laporan daripada bilal surau berkenaan kira-kira pukul 9.07 malam tadi (26 Oktober).

Menurutnya, mengikut laporan bilal berusia 54 tahun itu mengatakan telah melihat rakaman CCTV dengan terdapat dua orang lelaki tempatan telah melakukan aksi tersebut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan

“Pihak polis juga sedang menjalankan siasatan bagi mengesan pelaku dalam rakaman CCTV terbabit.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun,” ujarnya.

Tular di Twitter, aksi jijik dua lelaki di dalam surau

Terdahulu, menerusi satu ciapan di laman Twitter akaun @InfoKuala, terlihat rakaman CCTV yang memaparkan aksi menjijikan dua individu sama jantina di dalam sebuah surau.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd