Now Reading
[Video] Tular Majlis Perkahwinan Tampilkan Kelainan, Berjoget Sakan Raikan Pasangan Raja Sehari

[Video] Tular Majlis Perkahwinan Tampilkan Kelainan, Berjoget Sakan Raikan Pasangan Raja Sehari

Menerusi video tersebut, kelihatan juga seorang DJ bersama ‘turntable’ sedang asyik memainkan lagu sambil memutarkan piring hitam yang ada di depannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Majlis perkahwinan merupakan hari bahagia paling dinanti-nantikan oleh pasangan setiap orang yang ingin membina sebuah keluarga.

Oleh yang demikian sudah tentu akan ada segelintir yang sanggup mengeluarkan modal yang banyak agar hari bahagianya kelihatan begitu gah dimata para tetamu.

Tidak hanya itu, ada juga yang sanggup menampilkan kelainan di hari pernikahannya agar momen tersebut akan diingati olehnya dan juga tetamu yang ada.

Majlis kahwin diiringi tarian beramai-ramai

Begitulah yang dilakukan oleh pasangan pengantin ini apabila majlis perkahwinan mereka menjadi buah mulut orang ramai gara-gara majlis dilihat diiringi tarian beramai-ramai bak di disco.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Twitter akaun @MALAYSIAVIRALL, kelihatan pasangan pengantin terbabit dan beberapa orang tetamu serta ahli keluarganya sedang menari rancak di tengah-tengah dewan perkahwinan itu.

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1580452501144633344?s=20&t=-NaxENZQQ7mfdaO70SlHOg

Bawa DJ bersama turntable di dalam dewan perkahwinan

Gambar sekadar hiasan (Sumber: Pexels)

Pada video sama, kelihatan juga seorang DJ bersama ‘turntable’ sedang asyik memainkan lagu sambil memutarkan piring hitam yang ada di depannya.

Difahamkan, video majlis persandingan yang mempamerkan kelainan itu berlangsung di negara jiran, Indonesia.

Video tular berkenaan meraih perhatian orang ramai dengan segelintir daripada mereka meninggalkan komen berbaur cacian dan makian.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd