Now Reading
PM Arah Siasat Segera Kemungkinan Salah Laku Tommy Thomas

PM Arah Siasat Segera Kemungkinan Salah Laku Tommy Thomas

Arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri selepas meneliti laporan yang dibentangkan Pasukan Petugas Khas Siasatan berhubung buku My Story:Justice in Wilderness sewaktu Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat (30 Sept).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini (30 Sept) mengarahkan agensi pengkuatkuasa agar melaksanakan satu siasatan lanjut bagi menyiasat kemungkinan wujudnya salah laku oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Ismail Sabri menerusi satu kenyataan media berkata arahan itu dikeluarkan selepas pihaknya meneliti laporan yang dibentangkan Pasukan Petugas Khas Siasatan sewaktu Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari sama berhubung dakwaan-dakwaan dalam buku bertajuk ‘My Story:Justice in Wilderness’ yang dihasilkan oleh Tommy.

Jelas Naib Presiden UMNO itu lagi, berdasarkan siasatan, pasukan petugas khas ini telah mengkategorikan 19 isu-isu penting yang dikesan dalam buku tersebut kepada empat isu utama iaitu:

1. Dakwaan ke atas Badan Kehakiman
2. Pendedahan maklumat dan rahsia Kerajaan
3. Tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian profesional
4. Kenyataan berbaur hasutan

Difahamkan pasukan petugas khas mengambil masa sembilan bulan sejak Disember 2021 bagi menyiapkan laporan dakwaan yang disebut Thomas di dalam bukunya itu.

“Pasukan Petugas Khas seterusnya telah mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Sehubungan itu siasatan akan dijalankan di bawah empat Seksyen iaitu Seksyen 124(1) & Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd