Jalan 10,000 Langkah Setiap Hari Dapat Kurangkan Risiko Demensia, Kanser & Kematian – Kajian
Walau bagaimanapun, bagi individu yang kurang aktif, kajian itu turut menawarkan pilihan langkah berjalan yang lebih sedikit untuk mengekalkan kesihatan mereka.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kajian terbaharu yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Internal Medicine mendapati berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah sehari mampu mengurangkan risiko demensia, kanser, serangan jantung dan dapat melanjutkan usia.
Menurut Kosmo yang memetik Wion News, kajian yang dilakukan itu menggunakan data daripada biobank Britain untuk mendapatkan kiraan langkah daripada 78,500 orang dewasa di negara itu yang berusia antara 40 hingga 79 tahun.
Peserta bebas penyakit dimasukkan dalam penilaian akhir
Bagaimanapun, peserta uji kaji yang bebas daripada sebarang penyakit seperti kardiovaskular, kanser atau demensia telah dimasukkan dalam penilaian akhir.

Para penyelidik memantau 75,800 orang dewasa dengan ‘wearable tracker’ (penjejak bolek pakai) yang dipakaikan pada badan. Ini menjadikannya kajian terbesar dalam mengesan kiraan langkah secara objektif berhubung dengan hasil kesihatan.
“Mesej yang dibawa menerusi kajian ini adalah orang ramai bukan sahaja menyasarkan 10,000 langkah sehari tetapi berjalan dengan lebih pantas,” kata ketua penyelidik, Dr. Matthew Ahmadi.
Individu kurang aktif boleh pilih untuk berjalan sebanyak 3,800 langkah sahaja
Walau bagaimanapun, bagi individu yang kurang aktif, kajian itu turut menawarkan pilihan langkah berjalan yang lebih sedikit untuk mengekalkan kesihatan mereka.

Hal ini kerana penyelidik bersama, Borja del Pozo berkata, kajian itu juga menunjukkan bahawa dengan sekurang-kurangnya 3,800 langkah sehari, ia boleh mengurangkan risiko demensia sebanyak 25%.
Kajian itu juga mendakwa bahawa setiap 2,000 langkah mampu mengurangkan risiko kematian pramatang secara berperingkat sebanyak lapan hingga 11%.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.