Now Reading
[Video] “Kesian Budak Berhimpit” – Ramai Selar Wanita Dukung Anak Ke Stadium, Siap Bawa Tin Susu

[Video] “Kesian Budak Berhimpit” – Ramai Selar Wanita Dukung Anak Ke Stadium, Siap Bawa Tin Susu

Difahamkan, wanita tersebut tidak dibenarkan membawa masuk tin susu yang dibawanya ke dalam stadium.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seperti kebiasaannya, apabila perlawanan bola sepak akhir Piala FA Malaysia berlangsung, pasti peminat bola daripada negeri yang layak ke perlawan akhir akan berpusu-pusu membanjiri stadium bagi memberi sokongan.

Tidak dinafikan juga, ibu bapa terkadang sanggup mengheret anak kecil mereka sekali ke stadium semata-mata tidak ingin melepaskan peluang daripada menyaksikan perlawan akhir secara langsung di depan mata.

Bawa tin susu dan baju ganti anak

Hal yang sama turut dilakukan oleh seorang wanita ini apabila tular rakaman yang menunjukkan pemeriksaan beg galas miliknya dipenuhi dengan barang keperluan anak kecil.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @azamtheributs_, kelihatan seorang wanita sedang mengendong anaknya ketika pemeriksaan yang dilakukan menjumpa satu tin susu serta baju ganti kanak-kanak tersebut.

“Kesian kat baby (bayi), tin susu pun tak boleh bawak masuk,” tulisnya di dalam video.

https://www.tiktok.com/@azamtheributs_/video/7141679294350216474

Tin susu tak dibenarkan bawa masuk ke dalam stadium

Difahamkan, wanita tersebut tidak dibenarkan membawa masuk tin susu yang dibawanya ke dalam stadium.

Dalam video sama, kelihatan juga orang ramai yang rata-rata merupakan penyokong Terengganu FC yang berada di belakang wanita itu menunggu giliran untuk diperiksa sebelum memasuki ke dalam stadium.

Ramai tak setuju tindakan wanita itu membawa anak ke stadium

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosal tidak bersetuju dengan tindakan wanita itu yang memilih untuk ke stadium sambil membawa anak kecilnya sekali kerana berasa kasihan terhadap anak sekecil itu yang terpaksa bersesak-sesak serta panas di dalam stadium.

Sumber: TikTok/azamtheributs_
Sumber: TikTok/adamtheributs_
Sumber: TikTok/adamtheributs_

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd