Now Reading
[Video] “Sedihya!” – Budak Jual Mangga Tepi Jalan Tertidur Ketika Hujan Buat Ramai Sebak

[Video] “Sedihya!” – Budak Jual Mangga Tepi Jalan Tertidur Ketika Hujan Buat Ramai Sebak

Menerusi video tersebut, kelihatan kanak-kanak itu sedang memegang payung dan disebelahnya terdapat bungkusan plastik berwarna merah berisi buah mangga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali bercerita mengenai kesusahan, pasti ramai yang akan mendakwa dirinya susah, walhal terkandang kita lupa untuk bersyukur dengan segala rezeki yang diberikan.

Bagi yang kenal erti bersederhana, pasti akan sedar bahawa masih ramai insan yang hidup serba kekurangan.

Paling menyedihkan, masih ada golongan yang tiada duit untuk membeli makanan atau minuman serta tiada kediaman untuk berteduh dari teriknya matahari dan basahnya air hujan.

Budak perempuan tidur di tepi jalan ketika hujan

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok akaun @deylahabib94, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang tidur di tepi jalan ketika sedang hujan.

“Dia tidur di tengah divider (pembahagi) jalan raya dengan keadaan hujan begitu, semoga Allah murahkan rezeki kamu sekeluarga,” tulisnya di dalam video.

@deylahabib94

Sayu tgok adik ne masa cod brg… Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki adik ni skeluarga. #fyp #xyzcba #fypdongggggggg #forgoupage

♬ Ambient-style emotional piano – MoppySound

di dalam video sama, kelihatan kanak-kanak itu sedang memegang payung dan di sebelahnya terdapat bungkusan plastik berwarna merah berisi buah mangga di dalamnya.

Memanggil berulang kali sehingga terbangun

Wanita terbabit memanggil kanak-kanak itu berulang kali sehingga dia sedar untuk bertanya dan juga kerana berasa simpati melihat keadaan gadis tersebut.

“Ya Allah nangis tengok adik ni, bila saya panggil dia tanya mana mama dia, dia cakap mama dia ada pergi ambil adik dia.

@deylahabib94

Replying to @W Ahmad Nazri Alhamdulillah dia msih sihat walafiat.. #fyp #foryoupage #fypdongggggggg #xyzcba

♬ Ambient-style emotional piano – MoppySound

Jual mangga di tepi jalan

Difahamkan, kanak-kanak itu berada di tepi jalan tersebut kerana ingin menjual mangga kepada pengguna jalan raya yang ada di sana.

Menerusi satu hantaran video berasingan, wanita terbabit kemudian menjawab setiap persoalan yang ditanya oleh pengguna media sosial.

https://www.tiktok.com/@deylahabib94/video/7138292048024653083?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7078693324898862594

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial berasa simpati terhadap nasib kanak-kanak itu serta mendoakan agar dia dan keluarga dilimpahi dengan rezeki yang banyak.

Sumber: TikTok/deylahabib94
Sumber: TikTok/deylahabib94
Sumber: TikTok/deylahabib94

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd