[Video] Pelajar Nyanyi Lagu ‘Sejahtera Malaysia’ Sempena Hari Kebangsaan Buat Ramai Terpukau
Menerusi video, kelihatan pelajar perempuan terbabit sedang menyanyikan lagu patrotik sempena Majlis Hari Kebangsaan sambil memakai Sari.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Tinggal sehari sahaja lagi sebelum kita menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, pasti suasana kemerdekaan semakin terasa apabila ramai pihak sudah mula mengantungkan Jalur Gemilang di merata tempat.
Tidak kurang juga yang menganjurkan pelbagai acara bersempena Hari Kemerdekaan manakala ada peniaga yang menawarkan promosi menarik.
Seperti kebiasaan, sekolah juga tidak terlepas daripada mengadakan majlis Hari Kemerdekaan agar semangat cintakan negara sentiasa mekar di hati pelajar.
Terbaharu, tular satu video yang memaparkan seorang pelajar perempuan yang menyanyikan lagu patriotik sempena Majlis Hari Kebangsaan yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mahkota Cheras, Selangor.
Pelajar perempuan nyanyi lagu ‘Sejahtera Malaysia’
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok @ambigai10519, kelihatan pelajar perempuan itu sedang menyanyikan lagu ‘Sejahtera Malaysia’.
@ambigai10519 keep rocking.. #merdeka #talent
♬ bunyi asal – அம்பிகை – அம்பிகை
Nyanyi lagu patriotik sambil memakai Sari
Yang menariknya, pelajar yang dikenali sebagai Hemitraa Ravichandran itu dilihat menyanyikan lagu patriotik sambil mengenakan pakaian tradisi masyarakat India iaitu Sari.
Pada video sama, kelihatan juga para guru dan pelajar sedang duduk di hadapan menyaksikan persembahan yang cukup memukau itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji kelunakkan suara kanak-kanak tersebut serta berbangga dengan semangat perpaduan kaum yang ada di negara ini.
“weh nak lagi yang clear, goosebump dengar.”
Kemerduan suara Hemitraa menyebabkan salah seorang pengguna TikTok meminta video baharu yang lebih jelas memperdengarkan suara kanak-kanak terbabit.
Menunaikan permintaan itu, pemilik akaun memuat naik satu lagi hantaran di laman TikTok miliknya untuk memperdengarkan suara pelajat tersebut yang lebih jelas.
@ambigai10519 Balas kepada @ehhpahana (tanpa minus 1) #merdeka #talent
♬ bunyi asal – அம்பிகை – அம்பிகை
BACA JUGA: Nak Tengok Perarakan Hari Kebangsaan? Ini Panduan Untuk Ke Dataran Merdeka Naik LRT & MRT
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.