Now Reading
Lapor Senior Hisap Vape Pada Guru, Pelajar Dipukul Hingga Pecah Gegendang Telinga

Lapor Senior Hisap Vape Pada Guru, Pelajar Dipukul Hingga Pecah Gegendang Telinga

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, pihaknya telah menerima laporan daripada ketiga-tiga mangsa yang berusia 13, 14 dan 15 tahun pada hari yang sama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Tiga pelajar lelaki mendakwa menjadi mangsa buli dan pukul oleh sekumpulan senior di sebuah sekolah menengah kebangsaan berasrama di Bandar Kemaman, Terengganu pada 23 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketiga-tiga pelajar terbabit membuat laporan polis pada 27 Ogos iaitu empat hari selepas kejadian itu berlaku.

Dipukul hingga pecah gegendang telinga dan lebam di badan

Menurut Hanyan, laporan pertama dibuat oleh pelajar berusia 14 tahun yang mendakwa dipukul sekumpulan pelajar senior sehingga menyebabkan gegendang telinga sebelah kanan pecah serta lebam di badan.

“Pada tarikh sama, dua lagi pelajar berusia 13 dan 15 tahun hadir ke Balai Polis Chukai turut membuat aduan mereka dipukul sehingga lebam di badan.

“Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya dalam satu kenyataan.

Akibat rasa tidak puas hati dilapor hisap vape pada guru

Menurutnya lagi, kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat rasa ketidakpuasan hati pelajar senior terbabit selepas mangsa dikatakan mengadu kepada guru kegiatan menghisap vape.

“Sehingga jam 3.30 petang ini, seramai 11 pelajar berusia antara 13 hingga 16 tahun yang tinggal di sekitar Bandar Chukai ditahan.

Ditahan serta disiasat mengikut Seksyen 147 KK dan Seksyen 325 KK

Susulan kejadian itu, beliau berkata kesemua mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Tambahnya, beliau berharap agar pihak pengurusan sekolah dapat memantai dan mengawasi kejadian seumpama itu supaya tidak akan berlaku lagi.

“Kita juga berharap pihak sekolah segera melaporkan kepada polis sebaik berlaku sesuatu kejadian buli sebegini,” katanya.

BACA JUGA: Pelajar Tingkatan 4 Dibuli Oleh Senior Gara-gara Berebut Seorang Gadis


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd