Now Reading
Gara-Gara Bergurau Main Api, Remaja Maut Terperangkap Dalam Tandas

Gara-Gara Bergurau Main Api, Remaja Maut Terperangkap Dalam Tandas

Menurut Pengarah JBPM Selangor, mangsa dikatakan sedang tidur di atas sofa di depan pintu tandas sebelum rakan mangsa menyalakan api di bawah sofa dengan niat bergurau.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Tindakan dua remaja bergurau dengan bermain api mengundang padah apabila seorang rakan mereka maut selepas terperangkap di sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam Fasa 3, Selangor, semalam (28 Ogos).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, mengikut maklumat daripada saksi dan dua rakan mangsa, arwah dan dua rakannya sedang melepak bermain permainan di telefon bimbit di dalam tandas itu.

Mangsa tidur di atas sofa, ketika kawan nyalakan api

“Mangsa, Muhammad Damin Mikhail Kansol, 16 dikatakan sedang tidur di atas sofa di depan pintu tandas sebelum rakan mangsa menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau.

“Selepas asap tebal dan api makin besar, dua rakan mangsa lari ke luar tandas, manakala mangsa yang dalam keadaan separa sedar selepas terjaga dari tidur melarikan diri ke dalam tandas,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.35 petang.

“Seramai 19 pegawai dan anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

Mayat ditemui dalam keadaan melecur

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat mayat remaja lelaki berusia 16 tahun di dalam tandas yang terbiar berkenaan dalam keadaan badannya melecur,” katanya lagi.

Tambahnya, ketua operasi mengarahkan anggota untuk memastikan tiada lagi punca yang mampu mendatangkan kebakaran semula sebelum mengeluarkan mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd