Now Reading
[Video] Semangat Merdeka! Sekumpulan Lelaki Bagi Jalur Gemilang Percuma, Siap Tolong Lekatkan Di Kereta

[Video] Semangat Merdeka! Sekumpulan Lelaki Bagi Jalur Gemilang Percuma, Siap Tolong Lekatkan Di Kereta

Menerusi video terbabit, kelihatan deretan kereta di atas jalan mendapat bendera Malaysia secara percuma beserta pemasangannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Tidak lama lagi, Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan sudah pasti akan ada acara tahunan bagi memperingati tarikh bersejarah ini.

Selain itu, rakyat Malaysia juga akan bersatu hati memupuk semangat patriotik dengan memasang Jalur Gemilang tidak kira dimana jua agar ia dapat berkibar menyinari bulan kemerdekaan ini.

Bagi Jalur Gemilang secara percuma

Hal yang sama turut dilakukan oleh beberapa individu ini apabila mereka memberikan bendera Malaysia secara percuma berserta servis melekatkan bendera tersebut pada kenderaan orang awam.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di laman Tiktok akaun @hero_c0, kelihatan deretan kereta di atas jalan mendapat bendera Malaysia secara percuma siap dengan pemasangan.

https://www.tiktok.com/@hero_c0/video/7135606285130534170

“Korang semua dah kibar bendera ke belum,” tulisnya di kaspyen.

Siap lapkan cermin dan tolong lekatkan

Pada video yang sama, kelihatan seorang individu yang memegang kain untuk membersihkan cermin hadapan setiap kenderaan yang berada di sana.

Tidak lama selepas itu, seorang lagi individu mendekati kereta terbabit dan terus melekatkan Jalur Gemilang di bahagian cermin hadapan kenderaan itu.

Mereka tidak hanya memberi bendera itu secara percuma, malah turut tolong menampalkan ia di setiap kenderaan yang menginginkannya.

Tindakan yang dilakukan oleh mereka ini haruslah diberi pujian kerana ia secara tidak langsung akan menyerikan lagi suasana kemerdekaan apabila kebanyakan kenderaan mengibarkan Jalur Gemilang ketika di jalanan.

Kejadian berlaku di Kuala Terengganu

Menerusi pertanyaan oleh salah seorang pengguna TikTok, kejadian itu dikatakan berlaku di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan tersebut kerana ia juga telah menaikkan semangat mereka untuk menyambut Hari Kebangsaan yang akan disambut tidak lama lagi.

Kredit gambar: TikTok hero_c0


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd