Now Reading
Bagi GF Pegang Kat ATM Ada ‘Savings’ 6 Tahun! Sekali Kena Tinggal, Menangis Sampai Pengsan

Bagi GF Pegang Kat ATM Ada ‘Savings’ 6 Tahun! Sekali Kena Tinggal, Menangis Sampai Pengsan

Menerusi video tersebut, lelaki malang itu jelas kelihatan tidak bermaya akibat terlalu kecewa atas nasib yang menimpa dirinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini tular rakaman yang memaparkan seorang lelaki di Indonesia menangis teresak-esak sehingga pengsan dipercayai akibat ditinggalkan kekasihnya setelah tujuh tahun bersama.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram akaun @duniapunyacerita, difahamkan lelaki tersebut turut memberikan kepercayaan kepada wanita itu untuk memegang kad ‘Automated Teller Machine’ (ATM) miliknya.

Duit simpanan 6 tahun dalam kad ATM

Menurut laporan Tribunnews, kad ATM yang diberikan oleh lelaki tersebut kepada teman wanitanya berisi gaji yang disimpan selama 6 tahun.

Pada video sama, lelaki malang itu jelas kelihatan tidak bermaya akibat terlalu kecewa atas nasib yang menimpa dirinya.

Namun, kelihatan ramai ahli keluarganya cuba menenangkan dia dan juga memberi kata-kata semangat kepadanya agar tidak berterusan sedih hingga menjejaskan kesihatan diri.

Pengsan akibat terlalu sedih

Tidak habis di situ, tangisan sang lelaki yang sedang berduka itu kemudiannya bersambung di luar rumah sehingga dia dikatakan pengsan dan rebah telungkup di atas tanaman daun pandan.

Berdasarkan video, kelihatan dua orang wanita cuba menenangkannya dan terdapat juga seorang lagi lelaki cuba mengangkatnya kembali.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan dengan jelas mengenai kejadian ini berlaku di daerah mana dan apa cerita seterusnya yang terjadi pada lelaki malang itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersimpati terhadap nasib lelaki itu serta memberikan kata-kata semangat agar dia terus bersemangat untuk meneruskan kehidupan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd