Now Reading
[Video] Wanita Kongsi Pendapat, Kenapa Lelaki Lebih Pilih Perempuan Berpendidikan & Berkerjaya

[Video] Wanita Kongsi Pendapat, Kenapa Lelaki Lebih Pilih Perempuan Berpendidikan & Berkerjaya

Menurut wanita berkenaan, kebanyakan wanita berkerjaya dapat membantu ringankan beban pasangan dengan membayar sebahagian daripada komitmen keluarga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bagi kebanyakan lelaki, kekuatan dan kebebasan adalah sifat feminin yang sangat menarik. Setiap lelaki mahukan seseorang wanita yang mampu membuktikan bahawa dia bukanlah wanita biasa.

Dengan keadaan dunia yang semakin berubah, jelas bahawa sejak beberapa dekad yang lalu, pemilihan pasangan hidup telah pun berubah mengikut peredaran zaman dan tidak lagi seperti zaman dahulu.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @princess.zara93, wanita ini berkongsi pendapatnya mengapa lelaki lebih menyukai perempuan yang berpendidikan dan berkerjaya.

https://www.tiktok.com/@princess.zara93/video/7134673078491024666?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7078693324898862594

Sehubungan itu, perkongsian di bawah merupakan sebab mengapa lelaki memilih kaum hawa yang berpendidikan dan berdikari berdasarkan kenyataan TikTokers tersebut.

1. Suka Akan Cabaran

Seperti yang diketahui, wanita yang berkerjaya agak sukar untuk dimiliki. Hal ini kerana mereka lebih mengutamakan kerjaya dan juga masa depan.

Oleh itu lelaki haruslah berusaha keras demi mengejar wanita seperti itu, cabaran sebegini sebenarnya disukai oleh sesetengah lelaki.

2. Kurangkan beban kewangan

Kebiasaannya, wanita yang berkerjaya pasti mempunyai pendapatan sendiri dan selalunya akan membantu suami meringankan beban kewangan.

Wanita sanggup untuk membantu suami dengan menanggung sebahagian daripada komitmen yang ada agar beban di bahu suami dapat dikurangkan.

3. Jadi inspirasi lelaki mencapai target

Wanita yang berkerjaya akan sentiasa menjadi inspirasi buat para lelaki untuk bekerja lebih keras dan mencapai target yang diinginkan.

Hal ini kerana, semangat wanita yang bekerja akan memicu para lelaki untuk lebih bersemangat agar mereka dapat menandingi wanita ataupun bersama-sama mencapai target yang diimpikan.

4. Tidak sentiasa ‘berkepit’ atau berhubung

Sesetengah lelaki tidak gemar untuk sentiasa berhubung dengan pasangan kerana masa yang ada harus digunakan dengan baik bagi menyelesaikan sebarang urusan seperti hal berkaitan kerja.

Bagi wanita berkerjaya, mereka juga mempunyai hobi atau keinginan sendiri yang harus dikejar, jadi dia tidak akan berharap agar pasangan sentiasa menghubunginya.

5. Akan memahami dan menghormati pekerjaan lelaki

Sesetengah hubungan berakhir dengan penceraian kerana masing-masing tidak memahami rutin serta tugasan harian yang dilakukan, terutamanya isteri sepenuh masa menjadi suri rumah pasti inginkan perhatian seorang suami.

Namun bagi wanita berkerjaya, dia akan lebih cenderung untuk memahami dan menghormati tanggungjawap yang dilakukan oleh suaminya.

6. Tidak janggal bersosial

Wanita berkerjaya pasti akan mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial yang hebat. oleh itu sekiranya dia harus berhadapan dengan situasi seperti beriadah bersama keluarga suami atau rakan-rakan suaminya, dia tidak akan berasa janggal malah mampu menyesuaikan diri dalam situasi itu.

Selain itu, sekiranya ada sebarang masalah dalam hubungan, mesti akan lebih mudah untuk berkomunikasi , duduk dan bincang pasal hal tersebut dan cari jalan penyelesian

7. Tidak berharap lelaki memahami fikirannya

Wanita yang berkerjaya tidak akan berharap lelaki memahami fikirannya malah dia akan berterus terang memberitahu tentang apa yang difikirkan olehnya atau apa yang dinginkan olehnya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd