Now Reading
[Video] “Rasa Sedap Gila” – Wanita Akui 11 Tahun Ketagih Makan Sabun Buat Ramai Terkejut

[Video] “Rasa Sedap Gila” – Wanita Akui 11 Tahun Ketagih Makan Sabun Buat Ramai Terkejut

Wanita itu turut meminta tips daripada pengguna TikTok agar dia dapat berhenti daripada melakukan tabiat tidak sihat tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap manusia memerlukan makanan untuk hidup. Sama seperti udara dan air, ia juga merupakan asas keperluan wajib bagi manusia.

Selera setiap manusia terhadap makanan adalah berbeza-beza, ada yang suka ayam berbanding ikan dan ada yang lebih gemar sayuran daripada buah-buahan.

Namun begitu, siapa sangka seorang wanita lebih cenderung dan berselera melihat sabun serbuk untuk dijadikan makanan.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @zakiraaa.4, wanita terbabit mengakui sudah 11 tahun dirinya hadapi masalah sebegini.

Sampai telan air liur bila bau sabun

“Jadi hidup saya sekarang ni, jangan bagi saya nampak sabun, kalau tak dengan sendiri saya akan geram dan sampai tertelan air liur.

“Saya tak tahu, saya memang ketagih gila dengan sabun serbuk, mula-mula bau dia wangi yang membuatkan saya nak makan,” tulisnya di dalam video.

Minta tips untuk berhenti lakukan tabiat itu

Pada masa yang sama, dia juga meminta tips daripada pengguna TikTok agar dia dapat menghentikan tabiat tidak sihatnya itu.

Melihat di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial, ada yang bergurau dan ada juga yang mengatakan dia mempunyai perasaan yang sama seperti wanita itu apabila melihat sabun serbuk.

Bagaimanapun tidak kurang juga yang mengambil isu ini sebagai sesuatu yang serius dan meminta wanita terbabit segera perjumpa dengan pakar kesihatan.

Permulaan pada ketagihan sabun

Dua hari kemudian, wanita terbabit tampil dengan sebuah lagi video di laman TikTok miliknya untuk menceritakan bagaimana ketagihan beliau terhadap sabun boleh bermula.

https://www.tiktok.com/@zakiraaa.4/video/7134306103852027162?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7078693324898862594

Pada mulanya, dia hanya menyukai bau sabun sahaja, tetapi semakin lama dia semakin ketagih dengan bau wangian daripada sabun tersebut.

Akibat terlalu mengikuti perasan yang gemar menghidu bau sabun itu menyebabkan terlintas difikirannya mengenai bagaimana rasa sabun itu.

Sabun rasa sedap gila

“Jadi saya pun cubalah makan sabun, saya nak tahu rasa dia (sabun) macam mana. Tapi masa mula makan tu rasa macam pelik.

“Tapi bila dah lama-lama saya makan, saya dah mula rasa macam sabun ni sedap gila. Rasa manis, sedap gila,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga meminta agar orang ramai tidak mengecam dirinya memandangkan dia sedang dalam usaha untuk berhenti daripada melakukan tabiat aneh tersebut.

Kenali apa itu Pica Disorder

Untuk info, tabiat seperti ini sememangnya wujud dan ia digelar sebagai ‘Pica Disorder’ di mana seseorang itu mengalami gangguan makanan apabila dia lebih cenderung untuk memakan sesuatu yang bukan makanan.

Penyakit ini tidak sama seperti tindakan kanak-kanak kecil yang memasukan sesuatu benda di dalam mulutnya kerana rasa ingin tahu.

Pica disorder ini kebiasaannya menyerang orang yang mengalami penyakit mental, tetapi ia juga boleh dihidapi oleh orang yang tiada masalah sakit jiwa.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd