Now Reading
Respect! Video Wanita Di Jepun Sambut Anak Turun Bas Sekolah Dengan Penuh Adab, Dapat Pujian Ramai

Respect! Video Wanita Di Jepun Sambut Anak Turun Bas Sekolah Dengan Penuh Adab, Dapat Pujian Ramai

Menerusi video terbabit, kelihatan wanita itu menundukkan kepalanya sebanyak dua kali sebagai tanda berterima kasih dan juga menghormati.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seperti yang diketahui umum, negara Jepun merupakan antara negara yang kaya dengan adab dan juga disiplin diri yang tinggi.

Hal ini kerana, kebanyakan rakyat di Jepun telah dipupuk mengenai adab dan juga disiplin sejak daripada kecil lagi.

Oleh yang demikian, negara matahari terbit itu boleh dianggap sebagai negara yang hebat kerana rakyat mereka telah memainkan peranan penting dalam memajukan negara tersebut.

Jemput anak penuh dengan adab

Menerusi satu perkonsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @edogawa1996, kelihatan seorang wanita berlari keluar daripada rumah untuk menjemput anaknya yang baru sahaja pulang dari sekolah.

https://www.tiktok.com/@edogawa1996/video/7134361708402871578

“Sambut anak balik dari sekolah Jepun, dari kecil sudah diajar disiplin tepat waktu. Ojigi (budaya menunduk) dan Aisatsu (Salam) supaya boleh belajar menghargai dan menghormati orang lain,” tulisnya di kaspyen.

Menundukkan kepala sebagai tanda berterima kasih

Semasa bas sekolah menghampirinya, wanita terbabit kelihatan menundukkan kepala sebagai tanda berterima kasih kepada pemandu bas tersebut.

Pada video sama, wanita itu bersama anaknya sekali lagi menundukkan kepala sebagai tanda berterima kasih kepada pengiring yang membawa anaknya turun daripada bas tersebut.

Jelas di sini, bahawa sikap disiplin dan adab yang tinggi telah ditunjuk oleh ibu bapa dan secara tidak langsung menjadi ikutan buat anak–anak.

BACA JUGA: “Tinggi Adab Adik Ni” – Pelajar Dipuji Beri Tunduk Hormat Kepada Kereta Kerana Beri Laluan [Video]

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan wanita terbabit yang dilihat penuh dengan adab dan sopan santun.

BACA JUGA: [Video] Fasih Berbahasa Jepun, Makcik Cleaner Di Masjid Negara Buat Ramai Terpegun


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd