Now Reading
Gambar Aib Tersebar? Prof Cadangkan Buat Laporan, Demi Bantu Pulih Emosi Yang Tak Stabil

Gambar Aib Tersebar? Prof Cadangkan Buat Laporan, Demi Bantu Pulih Emosi Yang Tak Stabil

Menurut Perunding Kanan Psikiatri itu, walaupun perit, mangsa tetap harus menerima hakikat dan perlu tabah menghadapi persitiea hitam dengan memulakan hidup baharu tanpa dihantui pandangan serong masyarakat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Individu yang gambar atau video bogel miliknya disebarkan oleh pihak tertentu perlu membuat laporan pada pihak berkuasa agar dapat membantu emosi yang tidak stabil akibat dimalukan.

Menurut laporan Harian Metro, Perunding Kanan Psikiatri Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, akibat maruah tercalar kebanyakan mangsa memilih untuk berdiam diri dan hidup di dalam keadaan tertekan.

Cari jalan keluar dan tuntut keadilan

“Mangsa dinasihatkan cari jalan keluar menuntut keadilan terutamanya dengan melaporkan perkara itu kepada pihak polis,merujuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau tindakan menyaman si pelaku.

“Ini berkaitan dengan tekanan mental yang dialami mangsa, bila kita rasa keadilan itu dipenuhi ia sekali gus mengurankan tekanan yang dialami mangsa,” katanya.

Menurutnya, walaupun perit, mangsa tetap harus menerima hakikat bahawa perkara berkenaan sudah berlaku dan perlu tabah menghadapi peristiwa hitam itu dengan memulakan hidup baharu tanpa dihantui pandangan serong masyarakat disekeliling.

Endahkan jika ditanya masyarakat untuk kurangkan tekanan

“Jika berdepan dengan masyarakat, mereka pasti bertanya berhubung kejadian berkenaan, mangsa perlu mengendahkan perkara soalan terbabit, tidak perlu mengiyakan mahupun menidakkan.

Perunding Kanan Psikiatri UM, Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari

Tambahnya, adalah lebih baik jika mengelak daripada ditanya dan perlu mengedahkan perbualan berkenaan bagi mengurangkan tekanan pada diri serta emosi.

Sementara itu, berhubung isu trend terbaharu golongan remaja masa kini yang menyebarkan kandungan sensitif di platform media sosial.

Pensyarah Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa Pusat Kajian Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berkata, keadaan itu cukup merisaukan.

Kecanggihan teknologi disalahguna golongan muda

Menurutnya, susulan kecanggihan teknologi pada masa kini, ia kerap disalahgunakan oleh generasi muda sekaligus memberi peluang pada pihak lain mengambil kesempatan dengan menyebarkan gambar atau video yang sensitif.

“Untuk itu, sudah tiba masanya kerajaan bertindak drastik menyekat terus media sosial bersisi gelap ini.

“Kerajaan perlu lebih tegas dan tidak boleh membiarkan perkara ini terus berleluasa, jika perlu sekatlah platform atau apa sahaja medium yang digunakan untuk menyebarkan gambar atau video berkenaan,” ujarnya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd