Now Reading
[Video] Siap Bawa Maggie Cup! Remaja Sanggup Bangun Seawal 4 Pagi Demi Konsert Billie Eilish

[Video] Siap Bawa Maggie Cup! Remaja Sanggup Bangun Seawal 4 Pagi Demi Konsert Billie Eilish

Difahamkan, ribuan peminat penyanyi terbabit sudah mula beratur seawal pagi bagi menghadiri konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak semalam (17 Ogos), media sosial hangat memperkatakan mengenai konsert bintang pop dunia, Billie Eilish yang bakal berlangsung di stadium Axieta Arena, Bukit Jalil.

Difahamkan, ribuan peminat penyanyi terbabit sudah mula beratur seawal pagi menantikan konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022.

Demi bintang pop itu, para peminat sanggup beratur dan berpanas semata-mata untuk mendapatkan tempat terbaik bagi menonton konsert yang bakal bermula jam 8.30 malam ini.

Sanggup bangun seawal jam 4 pagi

Begitulah yang dilakukan seorang peminat apabila dia sanggup bangun seawal jam 4.00 pagi untuk beratur di barisan paling hadapan seawal yang mungkin.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akuan @constipatedvegetable, remaja perempuan yang dikenali sebagai Nadia itu telah tiba di perkarangan stadium seawal pagi dan mendapat tempat ke-10 di dalam barisan menunggu.

“Sedikit kemas kini bagi barisan menunggu untuk zon berdiri,” tulisnya di kapsyen.

Maggie cup sebagai bekalan ketika beratur

Tidak hanya itu, dia juga membawa bekalan mi segera ‘maggie cup’ bagi mengalas perut daripada berasa lapar ketika sedang beratur.

Pada video yang sama, jelas kelihatan bahawa tidak hanya dirinya sahaja yang melakukan perkara sebegitu, malah peminat yang lain juga turut melakukan hal yang sama.

Bagaimanapun, bagi yang tidak meminati Billie Eilish akan berkata perkara ini sebagai obsesi yang keterlaluan, namun bagi peminat bintang pop itu pula perkara sebegini adalah sesuatu yang biasa.

Perkara positif yang boleh diambil adalah semangat keterujaan dan juga usaha gigih mereka untuk merealisasikan impian melihat penyanyi kegemaraan melakukan persebahan secara langsung di depan mata.

BACA JUGA: Billie Eilish And Finneas Spotted At Sungei Wang Plaza


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd