Now Reading
[Video] Jutawan Pemurah! Selamba ‘Payung’ Penduduk Kampung Jalan-Jalan Naik Helikopter

[Video] Jutawan Pemurah! Selamba ‘Payung’ Penduduk Kampung Jalan-Jalan Naik Helikopter

Menerusi video, kelihatan penduduk kampung begitu gembira apabila mendapat peluang menikmati pemandangan kampung menggunakan helikopter terbabit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Jika ditanya mengenai helikopter, pasti ramai yang mengakui pernah melihat pesawat udara itu terbang di hadapan mata sendiri.

Namun, pasti ramai di antara kita yang masih belum pernah merasai pengalaman menaiki helikopter walaupun sekadar untuk jangka masa pendek.

Hal ini menyebabkan ramai yang menyimpan impian untuk merasa pengalaman menaiki helikopter seperti orang-orang ternama yang sering kali dilihat di kaca televisyen mahupun media sosial.

Belanja penduduk kampung naik helikopter

Namun siapa sangka seorang jutawan begitu pemurah sehingga sanggup memberi penduduk kampung merasai pengalaman menaiki helikopter secara percuma.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @sr95insanbiasa, kelihatan jelas orang kampung bergilir-gilir menaiki helikopter berwarna merah tersebut.

“Alhamdulillah boss belanja orang kampung jalan-jalan naik helikopter. Alhamdulillah rezeki yang ada kita kongsi bersama,” tulisnya di dalam kapsyen video.

Dalam video sama, penduduk kampung kelihatan begitu gembira kerana dapat merealisasikan impian mereka menikmati keindahan kampung dari kaca mata burung.

Dari pengutip sampah jadi jutawan hartanah

Berdasarkan carian maklumat, jutawan pemurah itu dikenail sebagai Muhammad Azlan Abdullah yang merupakan anak jati Terengganu.

Beliau memulakan kehidupannya sebagai pengutip sampah suatu masa dahulu sebelum bergelar jutawan hartanah yang berjaya berkat usahanya sendiri.

Untuk info, helikopter yang bersaiz sederhana itu mampu memuatkan sehingga tujuh orang penumpang dalam satu-satu masa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji sikap pemurah jutawan terbabit yang tidak berkira berkongsi rezeki yang dimilikinya.

Kredit gambar: TikTok sr95insanbiasa


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd