Now Reading
Kecoh Kedai Nasi Ayam Itik Viral Didakwa Ambil Makanan Dari Restoran Tak Halal, JHEAIPP Lakukan Siasat [Video]

Kecoh Kedai Nasi Ayam Itik Viral Didakwa Ambil Makanan Dari Restoran Tak Halal, JHEAIPP Lakukan Siasat [Video]

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang berkata, pihaknya akan melakukan pemeriksaan semula bersama pihak KPDNHEP Pulau Pinang bagi tindakan lanjut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sabtu lalu (14 Ogos) tular satu rakaman di media sosial mendakwa perniagaan nasi ayam, itik viral di Sunga Ara mengambil bekalan makanan daripada sebuah restoran tidak halal di Paya Terubong, Pulau Pinang.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman Facebook akaun Muhammad Zuhair Aqil, kelihatan jelas dua remaja lelaki sedang menghantar bekas nasi dan hidangan makanan ke restoran terbabit.

Pemilik kedai dakwa hantar untuk dicuci sahaja

Susulan dari itu, satu video penjelasan telah dimuat naik oleh seorang wanita yang dipercayai pemilik kedai terbabit di laman facebook miliknya. Dia mendakwa bahawa bekas nasi dan hidangan terbabit hanya dihantar bagi tujuan untuk dicuci sahaja.

Menerusi video sama, pemilik kedai turut menunjukan cara mereka memasak makanan terbabit dan juga keadaan di sekitar dapur.

Pada masa yang sama, dia mendakwa bahawa mereka telah menutup sepenuhnya operasi perniagaan susulan timbulnya isu keraguan status halal atas makanan yang dijual.

Video penjelasan tersebut bagaimanapun telahpun dipadamkan, namun beberapa pengguna media sosial sempat merakam dan memuat naik semula video terbabit.

Siasatan menyeluruh sedang dijalankan – JHEAIPP

Sementara itu, menurut laporan Harian Metro, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) sedang menjalankan siasatan menyeluruh terhadap isu tular terbabit.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, siasatan berhubung isu terbabit sudah dibuat oleh pegawai Halal JHEAIPP sejurus menerima maklumat.

Kedua-dua pemilik kedai makan adalah rakan kongsi

Menurutnya, mengikut maklumat awal diterima, pemilik kedai makan Muslim terbabit merupakan rakan kongsi kepada pemilik restoran tidak halal itu yang menjalankan perniagaan sama.

“Pegawai (bahagian halal JHEAIPP) sudah melakukan pemeriksaan ke atas premis perniagaan nasi ayam di Sungai Ara itu hari ini, namun didapati mereka sudah menutup operasi perniagaan.

“Pemeriksaan ke atas sebuah lagi premis yang didakwa cawangan perniagaan ayam Sungai Ara di kawasan Persiaran Gurney juga sudah diperiksa namun pemiliknya gagal ditemui,” katanya ketika dihubungi semalam (15 Ogos).

Mengulas lanjut, beliau berkata pemeriksaan akan dilakukan semula bersama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang bagi tindakan lanjut.

“Kita akan jalankan siasatan lanjut daripada semua sudut termasuk dakwaan mendapatkan bekalan daripada pemilik bukan Islam,” katanya lagi.

Kredit gambar: FB Muhammad Zuhair Aqil


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd