Now Reading
Selepas Hampir 7 Bulan, Kentang McDonald’s Bersaiz Besar Kini Kembali!

Selepas Hampir 7 Bulan, Kentang McDonald’s Bersaiz Besar Kini Kembali!

McDonald’s Malaysia menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi (8 Ogos) memaklumkan set Fries bersaiz besar itu sudah sedia ditawarkan kepada pelanggan.

Berita baik buat semua peminat kentang goreng McDonald’s!

Selepas lebih tujuh bulan terpaksa ‘menelan air liur’ dan beralih kepada Fries McDonalds bersaiz medium, anda kini anda boleh mendapatkan semula Fries McDonald’s bersaiz besar yang dinanti-nantikan.

McDonald’s Malaysia menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi (8 Ogos) memaklumkan set Fries bersaiz besar itu sudah sedia ditawarkan kepada pelanggan.

“Selepas beberapa bulan memilih saiz Sederhana (kentang goreng), kini anda boleh pilih saiz Besar. Masa untuk memuaskan selera anda di McDonald’s terdekat,” tulis mereka sebagai kapsyen.

Kini dihidang bersama Set Nilai kegemaran ramai

Perkara sama turut dikongsikan McDonald’s di Twitter.

https://twitter.com/McDMalaysia/status/1556498602281017345

Pengumuman tersebut ternyata mendapat respon positif dari penggemar McDonald’s selepas francais restoran makanan segera itu mengumumkan terpaksa menghentikan penjualan set makanan bersaiz besar buat sementara pada 24 Januari 2022 lalu.

Keputusan itu diambil selepas cawangan mereka hampir di seluruh dunia berdepan masalah bekalan kentang goreng.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd