Now Reading
‘Kita Di Landasan Betul’ – Timbalan MB Optimis, Puas Hati Rakyat Kelantan Lagi Bahagia Dari Selangor

‘Kita Di Landasan Betul’ – Timbalan MB Optimis, Puas Hati Rakyat Kelantan Lagi Bahagia Dari Selangor

Malah beliau dilihat berpuas hati memandangkan skor Kelantan berada jauh di hadapan Selangor yang lebih maju.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengeluarkan laporan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021 yang julung-julung kali diterbitkan.

Menerusi laporan tersebut, DOSM meletakkan tahap bahagia Keluarga Malaysia pada skor 6.48 iaitu bahagia.

Mula dilakukan pada September hingga November 2021, pelaksanaan tinjauan yang melibatkan 42,446 responden dari seluruh negara dijalankan berpandu dari manual antarabangsa antaranya, World Happiness Report (WHR), Human Development Index (HDI) dan OECD Guidelines on Measuring Subjective Well-being.

Di dalam laporan itu juga, penduduk di W.P Labuan tersenarai di kedudukan tertinggi dengan skor 9.29 manakala Selangor menjadi negeri di Malaysia yang berada pada kedudukan terendah dengan skor 5.74.

BACA JUGA : Penduduk Selangor Paling Tak Bahagia Antara Semua Negeri, Labuan Paling ‘Happy’ – MHI 2021

Kedudukan Selangor turut mengejutkan orang ramai apabila tertinggal jauh di belakang negeri Kelantan (7.07) walhal negeri itu begitu dikenali sebagai negeri tanpa pusat hiburan seperti panggung wayang.

Dapat perhatian Timb. Menteri Besar Kelantan

Isu ini bukan sahaja mengejutkan pengguna media sosial, malah turut menarik perhatian Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurut laporan Malaysiakini, Mohd Amar berpendapat bahawa, kedudukan Kelantan di tempat kelima di dalam Indeks MHI membuktikan penduduk di negeri itu senang dan berpuas hati dengan kehidupan mereka.

Malah beliau dilihat berpuas hati apabila skor Kelantan berada di hadapan meninggalkan Selangor yang bersatus negeri yang lebih maju.

“Kita (Kelantan) termasuk antara negeri yang bahagia. Bahagia ini bermaksud rakyat puas hati, rakyat senang walaupun ada masalah. Maka sebab itu kita masuk dalam indeks bahagia.

“Kita dapat skor 7.0, beza sedikit dengan Terengganu 7.2 (di kedudukan keempat), berbanding dengan Selangor 5.0, (Kelantan) jauh berbeza.

“Itu negeri yang dikatakan orang cerdik, PH (Pakatan Harapan) perintah, hasil bumi banyak, negeri kaya, tapi rakyatnya tidak bahagia, kedudukan paling bawah lagi,” kata beliau kepada media.

Nasihatkan rakyat Kelantan jangan ikut perasaan

 Tambah Adun Panchor itu lagi, rakyat Kelantan harus berfikir dengan baik dan tidak mengikut perasaan di saat ada pihak yang mahu menukar pentadbiran negeri itu.

“Jadi kita pilih nak apa dalam hidup, kita sebagai pengundi sebagai rakyat apa yang kita nak?

“Kita kena fikir jangan turut perasan, siapa kita nak bagi (perintah) nak tukar kerajaan?” ujarnya lagi.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd