SpongeBob SquarePants & Cactus Plant Flea Market Tampil Kolaborasi Dengan UNIQLO Untuk Koleksi UT Edisi Terhad
CACTUS PLANT FLEA MARKET ialah jenama dan platform kreatif diasaskan pada tahun 2015 oleh seorang artis seni halus, CACTUS PLANT.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Peruncit pakaian global UNIQLO telah mengumumkan pelancaran koleksi khas UT (UNIQLO T-shirt) hasil kolaborasi dengan siri animasi popular dunia SpongeBob SquarePants dan jenama Cactus Plant Flea Market.
Koleksi ini merangkumi t-shirt, hoodie, topi, dan mainan eksklusif kini tersedia di kedai UNIQLO Malaysia bermula 13 Disember 2024.
Cactus Plant Flea Market X UNIQLO.
Koleksi ini menampilkan gaya ikonik Cactus Plant Flea Market termasuk motif tanda “double vision” yang digunakan pada SpongeBob, Patrick, dan watak-watak lain dari SpongeBob SquarePants.

Dengan mengetengahkan momen-momen ini, koleksi ini menjadi penghormatan kepada kenangan SpongeBob melalui gaya tangan dan humor unik Cactus Plant Flea Market- memberikan nafas baru kepada Bikini Bottom.
SpongeBob SquarePants telah menjadi fenomena budaya yang digemari oleh pelbagai generasi, kini diolah semula oleh artis hebat dan ikon budaya pop moden, Cactus Plant Flea Market untuk koleksi UT khas ini yang hanya boleh didapati di UNIQLO.
Info Tentang Cactus Plant Flea Market
CACTUS PLANT FLEA MARKET ialah jenama dan platform kreatif diasaskan pada tahun 2015 oleh seorang artis seni halus, CACTUS PLANT. Tidak banyak yang diketahui tentang jenama atau artis misteri ini, tetapi hasil kerja mereka dapat dilihat melalui keluaran produk edisi terhad serta kolaborasi meluas dengan rakan-rakan dan rakan kongsi mereka.
Artis terkenal ini bersama jenamayang dinamakan sempena nama mereka sendiri- kini menjadi salah satu pengaruh paling menonjol dalam budaya, seni, fesyen, dan gaya hidup hari ini.
[UNIQLO SPONGEBOB SQUAREPANTS CACTUS PLANT FLEA MARKET UT COLLECTION]Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.