Now Reading
[Video] Banjir Di Yan, Kedah: Tiga Terkorban & Tiga Lagi Masih Hilang

[Video] Banjir Di Yan, Kedah: Tiga Terkorban & Tiga Lagi Masih Hilang

Laporan mengesahkan tiga mangsa terkorban di tiga lokasi berbeza.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Beberapa buah kampung di sekitar Yan, Gurun, dan Tupah dilanda banjir kilat susulan fenomena kepala air yang melanda kawasan peranginan air terjun di kaki Gunung Jerai pada petang Rabu (18 Ogos).

Lebih dari 10 kawasan telah dilanda banjir dan pihak berkuasa sedang giat berusaha untuk memindahkan penduduk, termasuk mereka yang menjalani kuarantin Covid-19 di rumah.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bernama, antara lokasi yang telibat banjir selepas kejadian kepala air itu adalah kawasan di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh, dan Kampung Setoi.

Susulan kejadian itu, tiga mangsa telah ditemukan maut di beberapa lokasi di sekitar kawasan gunung itu.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan setakat operasi jam 1 pagi semalam, tiga mangsa lagi dipercayai masih hilang di satu kawasan Titi Hayun.

Ketiga-tiga mangsa (yang maut) adalah lelaki, dengan satu mangsa ditemukan di tanah runtuh jalan naik ke Gunung Jerai dan dikenal pasti sebagai Shahruzi Mohamad, berumur 53 tahun.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor melalui Bernama.

Tambahnya lagi, jenazah mangsa sudah diturunkan dan operasi mencari dan menyelamat disambung semula jam 7 pagi hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai kerana hutan simpan itu diwartakan sebagai Hutan Perlindungan.

Beliau juga tidak menolak fenomena kepala air yang besar menyebabkan pokok tumbang dan dihanyutkan arus hingga ke sungai.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd