Now Reading
4 Gajet Penting Yang Perlu Ada Di Rumah Pada Zaman Pandemik. Take Note!

4 Gajet Penting Yang Perlu Ada Di Rumah Pada Zaman Pandemik. Take Note!

Pendek kata, kena ada termometer, oximeter, nebulizer, dan alat check tekanan darah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


“Sediakan payung sebelum hujan.”

Peribahasa yang sering diungkapkan dan membawa maksud berwaspada sebelum ditimpa kesusahan.

Memang benar, setiap manusia harus bersedia dengan apa jua yang akan datang. Namun, tak salah jika kita bersiap sedia dalam sesuatu perkara sebelum akan ditimpa sesuatu musibah atau masalah.

Bercakap tentang itu, ianya juga boleh dikaitkan dengan waktu-waktu ketika ini di mana pandemik Covid-19 sedang menular di negara.

Tambahan pula, dengan hadirnya varian-varian pembunuh – kita haruslah sentiasa bersedia dan mengambil langkah berjaga-jaga.

BACA JUGA: Awas! Varian Delta Cepat Merebak, Tapi Varian Lambda Membimbangkan Juga

Barang yang perlu ada di rumah

Oleh itu, setiap individu disarankan untuk memastikan anda telah melengkapi rumah dengan barangan-barangan penting ini.

Termometer.

Kredit: Ibupedia

Ianya berguna untuk memantau suhu badan secara berkala terutamanya sekiranya anda sudah disahkan positif Covid-19.

Yang jenis tembak lazer, ambil suhu pada dahi, bukan tapak tangan. Kalau pakai yang jenis cucuk tu, cucuk bawah ketiak atau bawah lidah.

Pulse Oximeter.

Kredit: KUAR

Pulse Oximeter ialah alat pengukur paras oksigen dalam darah kita. Alat ini biasanya digunakan untuk memantau keadaan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi tahap oksigen dalam darah seperti:

  • Penyakit Obstruktif Paru-Paru Kronik (COPD)
  • Penyakit Asma
  • Pneumonia
  • Kanser paru-paru
  • Anemia
  • Sakit jantung
  • Kecacatan jantung kongenital dan lain-lain.

Anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95%.

BACA SINI: Penggunaan Pulse Oximeter Boleh Selamatkan Nyawa. Penting!

Portable Nebulizer.

Kredit: Guangzhou Maya Medical Equipment Co.

Alat ini berguna untuk melegakan pernafasan. Namun, jangan berkongsi dengan orang lain. Kalau boleh, beli satu untuk setiap orang di rumah.

Anda boleh dapatkannya secara mudah di farmasi atau shopee.

Alat tekanan darah.

Kredit: Harian Metro

Alat ini digunakan untuk mengukur tekanan darah dan kadar nadi.

  • Normal: Sistolik – 120 [julat 90-139]mmHg. Diastolik [julat 60-89].
  • Darah rendah dan bahaya: Sistolik – bawah 90. Diastolik bawah 60.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd