Now Reading
Susulan Video Parodi Baskin Robbins, Syarikat Aiskrim Ambil Tindakan Atas Douglas Lim

Susulan Video Parodi Baskin Robbins, Syarikat Aiskrim Ambil Tindakan Atas Douglas Lim

Tak pernah mengecewakan lah Douglas Lim ni.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebut sahaja nama Douglas Lim, pasti ramai familiar susulan video-video parodi yang dimuat naik olehnya di media sosial. Dia merupakan seorang komedian yang begitu popular pada masa kini.

Malah, setelah 26 tahun berkecimpung dalam bidang seni, dia akhirnya menerima tawaran pekerjaan tetap selepas diumumkan sebagai salah seorang penyampai radio Fly FM.

Kredit: Mashable SEA

Dia akan bergandingan bersama Ili untuk segmen pagi Fly FM setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi.

Menurutnya, dia cukup teruja dengan kerjaya itu kerana ini merupakan pengalaman pertamanya terlibat dalam bidang penyiaran radio.

Syabas, Douglas Lim!

Video parodi mencuit hati

Seperti yang kita semua tahu, Douglas ini memang suka mengeluarkan video-video parodi tentang isu semasa yang hangat dibicarakan di Malaysia.

Terutamanya hal politik di Malaysia yang dilihat semakin bercelaru ketika ini.

Terdahulu, dia pernah mengeluarkan video parodi dengan ‘menyamar’ sebagai Bekas Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ketika beliau mengadakan sidang media untuk mengulas insiden tren di Kelana Jaya.

Antara klip petikan video parodi itu. Tupperware pun boleh. XD
(Kredit: CARI Infonet)

Betul kelakar. Berdekah kami tengok.

Lepas itu keluar pula video parodi “Selangor Kena Sound Abang Long”. Itupun boleh tahan juga perginya.

BACA SINI: [VIDEO] Abang Long Nak ‘Balun’ Satu Selangor. Apahal Pula Ni?

Sempoi betul mamat ni.

Buat ‘hal’ lagi

Beberapa hari lalu, Douglas telah mengeluarkan satu video parodi di mana dia menyamar menjadi pekerja kedai aiskrim popular iaitu Baskin Robbins.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut yang bertajuk “Basket Robberz” telah meraih hampir 200K tontotan di Instagram miliknya.

Tonton video penuh di bawah:

Kreatif betul dia ni.

Pihak Baskin Robbins ambil tindakan?

Susulan video yang dimuat naik tersebut, Douglas memberitahu bahawa pihak Baskin Robbins kini telah mengambil tindakan terhadap dirinya.

Teruk ke?

Boleh tonton sendiri video penjelasan Douglas di bawah:

Suspen kan?

Rupa-rupanya pihak BR hantar aiskrim kepadanya sebagai tanda terima kasih. Bukan setakat itu sahaja, BR juga memberikan kupon kepada followers yang sentiasa menyokong Douglas.

Apa tunggu lagi? Boleh download aplikasi Baskin Robbins sekarang untuk claim!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd