Now Reading
Awas! Varian Delta Cepat Merebak, Tapi Varian Lambda Membimbangkan Juga

Awas! Varian Delta Cepat Merebak, Tapi Varian Lambda Membimbangkan Juga

Varian Lambda ini telah ditemui di Peru pada bulan Ogos 2020 dan telah mulai merebak di Amerika Selatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Dunia kini berada dalam bahaya.

Ini kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru mengesahkan bahawa selepas kehadiran varian Delta dan Delta Plus, satu lagi varian baharu telah dikesan di Peru dan Jepun iaitu varian Lambda.

Kredit: @kementeriankesihatanmalaysia/Facebook

Untuk pengetahuan anda, Varian Delta adalah yang paling cepat merebak dan turut mengakibatkan lonjakan kes baharu Covid-19 di serata dunia.

Varian itu yang dianggap ‘ancaman terbesar’ dilapor telah menular di hampir 100 negara sekali gus menjadi varian Covid-19 dominan ketika ini terutama di negara seperti UK, Portugal, Afrika Selatan, dan Rusia.

Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2 itu pertama kali dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu.

BACA JUGA: Varian Delta Boleh Merebak Sepantas 15 Saat – Dr Noor Hisham

Kemunculan varian baharu – Lambda

Menurut laporan Japan Times, varian Lamba ini telah ditemui di Peru pada bulan Ogos 2020 dan telah mulai merebak di Amerika Selatan.

Kenyataan mengenai varian Lambda ini telah disahkan oleh Tan Sri Dr Noor Hishahm Abdullah menerusi laman Facebook beliau yang memaklumkan varian ini lebih mudah berjangkit serta lebih kuat dalam melawan imuniti individu yang sudah divaksin.

Varian Lambda dikesan di Jepun

Kes ini mulai dikesan di Jepun di mana seorang wanita di Lapangan Terbang Haneda yang tiba dari Peru pada 20 Julai lalu telah disahkan positif Covid-19.

Walau bagaimanapun, wanita tersebut tidak mengalami sebarang simptom.

Virus itu telah disahkan sebagai varian Lambda dalam analisis yang dikeluarkan oleh Institut Penyakit Berjangkit Nasional.

Setakat ini, kajian berkenaan varian Lambda ini masih dijalankan untuk mengetahui lebih perinciannya.

BACA JUGA: Beware! Ini Simptom Varian Delta Yang Perlu Diketahui


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd