Now Reading
[Video] Aksi Myvi Redah Hutan Berliku Untuk Ke Kebun Durian. Selamba Je!

[Video] Aksi Myvi Redah Hutan Berliku Untuk Ke Kebun Durian. Selamba Je!

Tergamam tengok video aksi kereta Myvi ni.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Perodua Myvi = satu-satu kereta buatan Malaysia yang dipanggil ‘King of the road’. Mana tidaknya, kereta ini nampak kecil tapi ternyata power.

Jom kami sediakan kisah ringkas tentang wujudnya kereta Myvi ini.

Untuk pengetahuan umum, pada tahun 2005 pihak Perodua Malaysia telah melancarkan model terbaru dan terkini mereka pada masa itu yang dikenali dengan Produa Myvi.

Setakat ini lebih sejuta unit sudah terjual. Malah, model Myvi ini juga diangkat sebagai model paling laris dan laku sepanjang sejarah automotif Malaysia.

Tak dinafikan, setiap golongan tak kisah muda atau tua, perempuan atau lelaki, pasti sukakan model kereta Myvi ini.

Minyak murah, harga berpatutan, spesifikasi dan reka bentuk pun cantik.

Pendek kata, berbaloi kalau beli.

Myvi ‘beraksi’

Betul ke sesiapa yang memiliki kereta ini, personaliti mereka akan berubah serta merta? Ia seakan-akan ‘dimasuki’ jiwa kelajuan. Contohnya kalau kita lihat sendiri kereta Myvi di atas highway, jarang ada Myvi yang dipandu perlahan.

Segelintir pemandu kereta ini seolah-olah menjadikan jalan raya sebagai litar berlumba. Kalau bab mencelah jangan cakaplah, lain macam. Semua jenis kereta pun boleh tewas termasuklah super cars.

Macam filem ‘Need For Speed’ gitu.

Kalau bab kemalangan kecil pula, Myvi juga sering dilihat naik atas pembahagi jalan dengan selambanya, sehinggakan tayar dah senget macam nak tercabut pun masih dibawa.

Rare betul perangai pemandu Myvi zaman sekarang ye.

Masuk hutan pergi kebun durian pula

Kali ini Myvi dilihat masuk hutan dengan jalan berliku untuk ke kebun durian pula. Biasanya kita lihat kenderaan jenis 4×4 je yang masuk hutan pergi kebun, kali ini tidak lagi.

Myvi pula yang beraksi untuk ke kebun!

Perkongsian kejadian ‘luar biasa’ tersebut telah dikongsikan oleh pengguna Facebook Azlin Airin.

Menurut perkongsian itu, terdapat dua buah kereta Myvi dilihat memasuki semak dan meredah jalan yang berliku hanya untuk ke kebun durian.

Tanpa menghiraukan kerosakkan yang bakal ditanggung oleh empunya kereta, kedua-dua Myvi tersebut dilihat berkemampuan untuk meredah jalan yang tidak rata itu.

Paling kagum sekali bila mereka berjaya keluar. Power habis!

Jangan main-main dengan Myvi, bukan saja ‘King of the road’, tapi nampaknya juga “King of the offroad”.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd