Now Reading
Olimpik Tokyo 2020: Pandelela Ke Final!

Olimpik Tokyo 2020: Pandelela Ke Final!

Pusingan final yang disertai 12 penerjun terbaik dijadual berlangsung pada jam 2 petang ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg, 28, mara ke pentas final 10 meter (m) platform individu wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.

Menurut laporan, Pandelela mara ke final selepas menamatkan pusingan separuh akhir yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo di kedudukan ketujuh daripada 18 penerjun.

Saingan separuh akhir tadi diungguli penerjun China, Quan Hongchan yang mengumpul 415.65 mata keseluruhan manakala rakan sepasukannya, Chen Yuxi di tempat kedua, 407.75 mata.

Dia yang memenangi pingat gangsa dalam acara itu di Sukan Olimpik London 2012 mengutip 315.75 mata dalam lima terjunan untuk berada di kedudukan berkenaan.

Pusingan final yang disertai 12 penerjun terbaik dijadual berlangsung pada jam 2 petang ini.

All the best, Pandelela! #MalaysiaBoleh


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd