Now Reading
New Norm: Kes Kian Tinggi, Ini 3 Kaedah Baca Jumlah Kes Harian Positif Covid-19

New Norm: Kes Kian Tinggi, Ini 3 Kaedah Baca Jumlah Kes Harian Positif Covid-19

Jangan fokus kepada bilangan kes harian, lihat juga peratusan dalam setiap kategori.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kenaikan kes positif Covid-19 di Malaysia sehingga hari ini telah memberi impak yang begitu mendalam buat rakyat.

Bulan lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan infografik baharu yang menunjukkan kes-kes Covid-19 baharu berdasarkan kategori, dan turut menekankan peratusan individu yang TIDAK DIVAKSINASI dalam setiap kategori tersebut.

Ternyata, segelintir individu terlalu fokus kepada peningkatan jumlah kes baharu apabila mereka seharusnya memberi lebih perhatian terhadap peratusan individu yang telah diberikan vaksin.

Perkara ini bukan sahaja telah diberitahu dalam catatan oleh Dr Tash Karan, tetapi seorang pengguna Facebook Tai Zee Kin kini juga turut memberikan panduan ringkas mengenai kaedah baharu untuk membaca jumlah kes harian.

CARA UNTUK BACA JUMLAH KES HARIAN (seperti yang telah diringkaskan oleh Zee Kin)

LANGKAH 1: Lihat kepada kategori berbeza.

Kategori 4 dan 5 adalah kes-kes yang memerlukan hospitalisasi. Nombor ini menyumbang kepada masalah kekurangan kapasiti hospital.

Kategori 1 dan 2 pula melibatkan kes-kes yang tidak memerlukan hospitalisasi. Kategori 1 terdiri daripada mereka yang tidak tahu bahawa mereka ada COVID-19.

Setelah didapati positif COVID-19, mereka diarah supaya menjalani kuarantin kendiri, dan dikehendaki untuk mengemaskinikan maklumat simptom-simptom melalui aplikasi MySejahtera setiap hari.

LANGKAH 2: Lihat kepada peratusan pesakit yang belum divaksinasi.

Kebanyakan pesakit COVID-19 dalam Kategori 4 & 5, (90% dan ke atas) terdiri daripada mereka yang belum lagi divaksinasi.

Selebihnya (10%) mungkin baru sahaja menerima dos kedua tetapi belum mendapat perlindungan penuh (kurang daripada 2 minggu), ataupun yang hanya dapat 1 dos.

Pesakit COVID-19 yang mendapat kedua-dua dos dan perlindungan penuh (selepas 2 minggu) adalah sangat minima.

LANGKAH 3: Lihat kepada kategori 3 – secara isolasi.

  • Pesakit Kategori 3 terdiri daripada pesakit yang mengalami simptom respiratori tanpa keperluan pembekalan oksigen.
  • Mereka boleh pertimbangkan pembelian oximeter untuk memeriksa kandungan oksigen darah setiap hari.

Pendekatan ini bukan konklusif, dan hanya boleh dirujuk secara kasar untuk memantau kandungan oksigen darah.

98.2% daripada 19,819 pesakit COVID-19 yang dikesan adalah tanpa simptom, atau hanya mengalami simptom serupa dengan selesema.

BACA JUGA: Higher Infection Rates But “Very Low” Death Rates Is A Good Sign Of Curbing Covid-19


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd