Now Reading
Kit Ujian Kendiri Covid-19 Bakal Dijadikan Barangan Kawalan

Kit Ujian Kendiri Covid-19 Bakal Dijadikan Barangan Kawalan

Bagi yang belum tahu, semua keputusan ujian sama ada positif, negatif atau invalid perlu dilaporkan secara self-reporting ke dalam aplikasi MySejahtera.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kementerian Kesihatan sudah memperakui kit ujian kendiri Covid-19 yang diberi kelulusan bersyarat pada 21 Julai lalu untuk diimport dan diedarkan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kit berkenaan kini sudahpun boleh dijual di semua farmasi komuniti berdaftar atau premis fasiliti kesihatan yang terdapat di negara ini.

Mereka yang buat ujian kendiri itu bagaimanapun perlu memasukkan segera hasil keputusan diterima menerusi aplikasi MySejahtera sama ada negatif, positif atau status invalid.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba

BACA JUGA: You Must Report Your Covid-19 Self Test Results

Kit ujian kendiri Covid-19 digunakan untuk:

  • Saringan kendiri oleh mana-mana individu yang ingin mengetahui status Covid-19
  • Individu yang mempunyai kontak dengan kes Covid-19
  • Saringan-saringan lain yang bersesuaian (seperti Pintu Masuk Antarabangsa, rentas negeri, saringan pra-pekerjaan, pra-kemasukan ke institusi tinggi dan lain-lain)

Pihak pengguna hendaklah memastikan kit yang dibeli telah mendapat kebenaran dari MDA.

Cara mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19 ini adalah dengan membelinya di farmasi atau fasiliti swasta, atau ianya juga akan dibekalkan oleh fasiliti KKM mengikut keperluan.

BACA JUGA: Kemas Kini MySejahtera Terbaharu Tampil Dengan Fungsi Pembelian Kit Ujian Kendiri

Kredit: Sinar Harian

Barangan kawalan

Kerajaan akan menjadikan kit ujian kendiri Covid-19 sebagai barangan kawalan bagi memastikan ia dijual dengan harga berpatutan dan mampu dibeli oleh semua pengguna.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid berkata buat masa sekarang pihaknya sedang berbincang dengan pengilang, pengimport dan penjual kit ujian kendiri itu.

Kami dapat maklumat setiap satu kit ujian ini dijual dengan harga RM39.90, saya rasa ia akan membebankan pengguna dan tidak ramai yang mampu beli. Jadi kami sedang bincang untuk dapatkan harga munasabah yang tidak rugikan peniaga dan tidak bebankan pengguna dengan harapan semua orang mampu beli. Kami dalam proses jadikan ia barang kawalan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid melalui Sinar Harian.

Selain memastikan harga dijual mampu milik, KPDNHEP juga bersedia dengan kemungkinan wujudnya jualan kit ujian kendiri Covid-19 tiruan dalam pasaran.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd