Now Reading
Rakyat Kelantan Terima Vaksin Di Istana

Rakyat Kelantan Terima Vaksin Di Istana

Ianya merupakan satu-satunya istana di Negeri Kelantan yang dibuka bagi tujuan kemudahan kepada rakyat jelata menerima vaksin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sultan Kelantan Sultan Muhammad V memperkenan supaya pintu Istana Balai Besar, Kelantan dibuka kepada rakyat jelata bagi tujuan kemudahan pelaksanaan program pemberian vaksin Covid-19.

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar berkata Istana Balai Besar merupakan satu-satunya istana di Kelantan yang dibuka bagi tujuan tersebut.

Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di Istana Balai Besar anjuran Pejabat Sultan Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bagi Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan lima hari, mulai 1 Ogos 2021.

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani, bagi program vaksinasi ini dalam Fasa Pertama PPN, ia telah dilaksanakan pada 9 Jun lalu yang membabitkan seramai 350 penerima vaksin yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Istana negeri Kelantan.

Sementara itu, bagi program kali ini pula dijangka seramai 2,000 penerima akan menerima vaksin iaitu 1,000 penerima adalah rakyat jelata dan selebihnya adalah kakitangan dan kerabat-kerabat Istana Negeri Kelantan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd